 |
Nadeem Malik
| Islamabad – “Ekonomi Amerika Syarikat (AS) sudah lumpuh, mereka tidak mampu lagi menanggung beban kewangan akibat perang, serangan ke atas Iran akan hanya memusnahkan apa yang tinggal,” kata seorang wartawan kanan di Pakistan, Nadeem Malik.
Nadeem yang juga pakar hubungan antarabangsa berkata, kenyataan bahawa AS akan menyerang Iran sekiranya negara itu meneruskan program nuklearnya juga hanya amaran semata-mata.
“AS kini terpaksa mencari jalan paling selamat untuk keluar dan menarik kembali askar-askarnya di Afghanistan, sebelum terpaksa berfikir panjang jika mahu benar-benar menyerang Iran,” katanya kepada IRNA.
Presiden AS, Barack Obama semalam mengulangi kenyataannya bawah pihaknya akan berundur dari Iraq Ogos depan, satu bayangan bahawa negara itu sudah tidak mampu lagi menanngung beban kewangan perang di sana.
Dalam pada itu kata Nadeem, hanya Israel sahaja yang mendesak AS untuk menyerang Iran kerana mereka sendiri tidak mampu berbuat demikian. Jelas beliau, Timur Tengah akan terjerumus ke dalam konflik yang lebih rumit sekiranya itu berlaku.
|