PETA LAMAN  
 
 
 
 
 
   > Berita Antarabangsa >> Berita Penuh  
 
AS diminta mudahkan kemasukan
JEDDAH – Pihak berkuasa Arab Saudi telah menggesa kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini, supaya memudahkan proses kemasukan ahli perniagaan negara ini untuk ke AS.

Timbalan Pengerusi Dewan Perdagangan dan Industri Jeddah, Mazen Batterjee, dilaporkan telah membuat permohonan tersebut semalam, ekoran kesukaran yang dihadapi komuniti perniagaan Arab Saudi untuk memasuki negara berkenaan akibat pemeriksaan ketat di lapangan terbang, menurut Reuters.

Permohonan tersebut dibuat dalam satu pertemuan dengan Kaunselor Hubungan Ekonomi di Kedutaan AS di sini, Laird Treiber, yang turut dihadiri Timbalan Konsul Kedutaan AS di Jeddah, Veronica Scarborough.

AS baru-baru ini mengetatkan kawalan keselamatan kemasukan ke negara tersebut di lapangan terbang, ekoran kejadian cubaan merampas sebuah pesawat mereka pada Krismas lalu.

Dalam pada itu, selain permohonan tersebut, kedua pihak turut membincangkan peluang-peluang kerjasama, terutamanya yang berkaitan dengan industri kecil dan sederhana.

Top Email kepada kawan  Versi Cetakan