PETA LAMAN  
 
 
 
 
 
> Rencana >> Islam Hadhari  
Persoalan Istilah Islam Hadhari
09 June 2004
• Islam Zaman Mithali
• Tidak perlu ada istilah lain bagi menjelaskan Islam dan menghayatinya kecuali Islam itu sendiri.
• Islam Dalam Sejarah
• Islam di dalam sejarah difahami dengan pelbagai wajah dan dihayati mengikut kefahaman tersebut. Walaupun prinsip asas yang sama, menyatukan identiti Islam itu di kalangan umat. Maka lahir Islam Sunni, Islam Syi’i, Islam Khariji dan lain-lain.
• Islam Hadhari ialah istilah yang digunakan bagi menjelaskan program bertindak untuk melaksanakan Islam sebagai sistem kehidupan yang menyeluruh, untuk menggerakkan pembinaan tamadun baru dalam perjuangan bangsa yang berasaskan ajaran Islam.
• Penggunaan istilah ini adalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa Islam ialah sistem yang menegakkan tamadun. Ia bukan hanya ritual, seperti yang difahami dan diamalkan oleh masyarakat zaman kemunduran.

HURAIAN ISTILAH

• Ritualism memberi tumpuan kepada akhirat dan menolak dunia. Sekularisme menolak akhirat dan memberi tumpuan kepada dunia. Kedua-duanya mengasingkan agama dan dunia.
• Islam mestilah dilihat sebagai sistem yang mengintegrasikan sunnatullah dan dinullah, menyusun kehidupan duniawi dan persiapan untuk ukhrawi. Ini prinsip kefahaman Islam Hadhari.
• Islam Hadhari mengembalikan fundamental Islam seperti yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah, sebagai teras pembinaan semula tamadun Islam. Tafsiran dan ijtihad adalah perlu bagi tujuan mengaplikasikan fundamental dalam realiti yang berubah, tetapi ia dilaksanakan dengan pengetahuan, semangat dan kesedaran kontemporari.
• Tafsiran dan ijtihad warisan tetap dihormati tetapi penerimaannya untuk dihayati dalam pembangunan, perlu dikaji dan dilihat kesesuaiannya dengan zaman dan tempat.

SUMBER AMBILAN ISLAM HADHARI

• Sumber ambilan Islam Hadhari ialah daripada pandangan hidup Islam mengenai hidup seperti yang diungkapkan daripada ajaran al-Quran dan Sunnah berasaskan epistemologi Ahlu Sunnah Waljama’ah.
• Intisari pandangan hidup itu ialah
• Manusia tidak dijadikan sia-sia. Ia dicipta untuk tujuan beribadah.
• Bagi mengisi erti ubudiyyah, Islam diberikan tugas dan tanggungjawab sebagai hamba Allah s.w.t. dan khalifah di bumi.
• Tugas khalifah mengurus dan membangunkan bumi mengikut acuan Ilahi.
• Pandangan hidup itu menggerakkan manusia menggunakan potensi untuk bekerja dan membangun tamadun mengikut acuan Ilahi.
• Semangat dan pengetahuan kontemporari bermakna bahawa kefahaman terhadap fundamental dilihat dengan pemikiran terbuka dan perihatin terhadap keadaan semasa, tidak terpencil daripada realiti dunia zaman ini dan terbuka kepada tamadun dan peradaban asing dengan kesedaran dan keinsafan bukan sebagai pengguna yang buta.
• Semangat dan pengetahuan kontemporari tidak pula bermakna, putus hubungan dengan hasil ijtihad dan kebijaksanaan warisan. Bahkan daripada mana jua kebijaksanaan itu datang, ia tetap dianalisa dan dinilai untuk dimanfaatkan dalam kehidupan, demi melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah s.w.t. dan khalifah di bumi. Namun, ia dilakukan dengan basirah.
• Peranan manusia sebagai khalifah ialah membangunkan bumi dan membentuk tamadun di bumi mengikut acuan yang ditetapkan, supaya tidak lari dari Sunnatullah dan terpesong daripada dinullah.
• Mekanisma bagi mencapai tujuan itu, ialah iman dan amal.

CIRI-CIRI NEGARA ISLAM HADHARI

• Pemerintah yang adil
• Melaksanakan tanggungjawab memelihara agama dan menjalankan siasah dunia.
• Menyediakan keperluan dharuriyyat, hajiyat dan tahsinat
• Mengurus dan membangunkan bumi.
• Rakyat berjiwa bebas
• Kurang halangan untuk meggunakan potensi kemanusiaan.
• Semangat kesukarelaan yang tinggi.
• Mematuhi undang-undang kerana yakin kepada kebaikannya.
• Melakukan kebaikan dengan sukarela.
• Penguasaan ilmu pengetahuan
• Penguasaan alam semualjadi
• Kehidupan berkauliti
• Keteguhan budaya dan moral awam
• Kekuatan pertahanan

INSTRUMEN MENJAYAKAN ISLAM HADHARI

• Instrumen utama bagi menjayakan Islam Hadhari ialah
• Iman
• Amal Soleh
• Iman ialah keyakinan terhadap ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. berasaskan epistemogi Ahlu Sunnah Wal-Jama’ah.
• Amal soleh ialah instrumen jihad bagi menegakkan kehidupan bertamadun dengan acuan sendiri.
• Orang bukan Islam turut menyertai jihad amal soleh, tanpa dipaksa beriman, berdasarkan prinsip “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”.
• Iman dan amal soleh, tidak difahami hanya dari aspek ritual sahaja. Ia merangkumi usaha manusia mengurus dan membangunkan bumi serta memanfaatkan nikmat Allah s.w.t. bagi memenuhi keperluan dharuriyyat, hijiat dan tahsinat, serta meningkatkan tahap kehambaan diri kepada Allah s.w.t.

Penghayatan Iman dan Amal Soleh
• Manusia berkewajipan menggunakan potensi kemanusiaannya (akal, roh, naluri dan anggota) serta nikmat yang disediakan Allah s.w.t. di langit dan di bumi, untuk meningkatkan tahap kehambaan dirinya kepada Allah s.w.t. dan membangunkan bumi dan menyemarakkannya dengan kehidupan bertamadun.
• Bagi tujuan itu manusia menggunakan potensi dan memanfaatkan sumber yang terdapat dibumi bagi membina institusi (keluarga, masyarakat dan negara) dan mengurus institusi tersebut bagi memenuhi kewajipan sebagai khalifah di bumi.
• Melalui institusi yang dibina, manusia berinteraksi untuk memenuhi keperluan hidupnya di peringkat dharuriyyat, hajiyat dan tahsinat.
• Dalam mengurus institusi kehidupan itu, manusia dikehendaki patuh kepada sistem Ilahi yang terkandung di dalam sunnatullah dan dinullah.

KLASIFIKASI AMAL SOLEH

• Amal soleh terbahagi kepada
• Amal bagi meningkatkan tahap perhambaan diri kepada Allah s.w.t. (sahsiah, akhlak mulia, intelektual, kerohanian, ibadah khusus).
• Amal bagi mengurus dan membangunkan bumi dan kehidupan di dalamnya (Hadhari).
• Klasifikasi amal Hadhari
• Pertanian, perindustrian, perladangan, perikanan dan lain-lain
• Perkhidamatan dan cabang-cabangnya.
• Keutamaan kerja-kerja strategik
• Kerja berasaskan pengetahuan, kemahiran, produktiviti
• Masyarakat bekerja dan masyarakat menganggur

MALAYSIA MENUJU NEGARA ISLAM HADHARI

• Dasar Islam Hadhari, adalah kesinambungan dasar-dasar pembangunan Islam sebelumnya.
• Pendidikan, pembangunan prasarana, penerapan nilai-nilai Islam, kemajuan ekonomi, penyertaan bumiputera dalam perniagaan dan penguasaan umat Islam ke atas jentera kerajaan.
• Dasar Islam Hadhari
• Kerajaan yang adil
• Perkhidmatan yang baik.
• Integriti (Program Integriti Nasional – PIN).
• Keupayaan menyediakan keperluan dharuriyyat, hijiat dan tahsina.t
• Rakyat berjiwa bebas
• Kurang halangan untuk individu mengembang potensi kemanusiaannya.
• Halangan undang-undang
• Halangan budaya
• Ketinggian semangat kesukarelaan untuk melakukan kebaikkan.
• Penguasaan Ilmu Pengetahuan
• Ilmu-ilmu berkaitan dinullah
• Ilmu-ilmu berkaitan sunnatullah
• Penguasaan ke atas alam semulajadi
• Ekonomi
• Sains
• Teknologi
• Kualiti hidup yang tinggi
• Keperluan asas yang berkualiti
• Pendidikan bertaraf dunia
• Kemudahan awam yang lengkap dan berkauliti
• Kesihatan
• Keutuhan budaya dan moral awam
• Berpegang teguh kepada agama
• Kesedaran sivik yang tinggi
• Peka terhadap persoalan moral
• Bertindak membendung kemungkaran
• Kekuatan pertahanan
• Perpaduan di kalangan rakyat
• Pasukan tentera yang terlatih
• Peralatan teknologi ketenteraan yang canggih
Top Email kepada kawan  Versi Cetakan