PETA LAMAN  
 
 
 
 
 
> Rencana >> Komentar  
Pentas Eskatologi
02 February 2005
Oleh HAPPIS BASHA

Eskatologi merupakan suatu ilmu yang menjelaskan tentang gambaran hari akhirat. Eskatologi termasuk cabang teologi yang menjelaskan akhir segala sesuatu seperti kematian, kebangkitan dan perhitungan amalan yang merangkumi bahagian daripada agama dan filsafat yang menghuraikan secara terperinci dengan semua persoalan dan pengetahuan tentang akhir zaman. Secara ringkas, Barnhart menjelaskan, “Eschatology is a doctrine of the last or final things, specially death, judgement, heaven and hell.”

Al-Quran sebagai imbalan dan hukuman secara global, termasuk keredaan dan kemurkaan Allah Azza Wajajjala. Setiap manusia akan memperoleh kesedaran unik yang tidak pernah dialaminya sebelum daripada perbuatan baik dan buruknya. Pada umumnya manusia lebih tertarik kepada kepentingan-kepentingan yang bersifat pragmatik yang merangkumi material sehingga tidak menghiraukan pentas eskatologi. Akibatnya, ia seringkali melanggar norma-norma dan hukum moral.

Persoalan-persoalan eskatologi hanya difokuskan kepada beberapa aspek yang dianggap signifikan. Ilmu ini perlu mendapat perhatian umat Islam untuk dikembangkan lebih lanjut, bahkan ia perlu dirumuskan dalam satu kerangka yang berupaya dipalikasikan dalam bentuk tindakan. Ilmu ini dapat memperkayakan khazanah pemahaman kita terhadap al-Quran dan sekali gus dapat memperbaharui keimanan kita kepada Allah s.w.t. Ilmu ini memainkan peranan yang penting ketika ilmu-ilmu hasil ‘raksasa’ manusia tidak mampu melahirkan penemuan bagi memperbaiki moral manusia dan pada masa itu ‘kebenaran mutlak’ amat diperlukan dalam berbagai-bagai aspek antara hidup dan kehidupan.

Allah s.wt. berfirman yang bermaksud:

“Maka apabila ditiup sangkakala dengan sekali tiupan dan diangkat bumi dan gunung-gunung lalu dilenturkan kedua-duanya dengan sekali lenturan. Maka pada hari tu terjadilah Kiamat dan terbelahlah langit kerana pada hari itu langit menjadi lemah, dan para malaikat berada di segala penjuru langit, dan pada hari itu juga beberapa malaikat menjunjung Arasy Tuhanmu di atas kepala mereka dan pada hari itu kamu dihadapkan kepada Tuhanmu dimana tiada satu rahsia pun yang terselindung bagi Allah Azzawajjala.” (Surah al-Qiyamah: 1-15)










Aspek eskatologi dalam Al-Quran menempatkan satu posisi yang amat penting. Berbeza dengan kitab-kitab lain, al-Quran lebih terperinci yang merangkumi hari akhirat dengan menghujahkan pembahasan secara teratur tentang peristiwa kiamat. Eskatologi ini juga memuatkan ilmu-ilmu Allah s.w.t. yang tidak termampu dihuraikan atau ‘dieksperiman’ oleh manusia.


Manusia perlu berhati-hati dalam melakukan sesuatu, kerana apa sahaja yang dilakukan pasti akan dicatat dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui setiap yang terdetik di hati dan naluri manusia. Tujuan hidup harus dijelaskan dengan sejelas-jelasnya sehingga manusia dapat melihat apa yang telah diperjuangkannya dan apa sesungguhnya yang telah diraih selama berada di atas muka bumi ini. Dengan mempelajari eskatologi, setidak-tidaknya manusia mempunyai pengetahuan tentang kehidupan abadi di alam akhirat kerana itulah yang sebenar-benarnya tujuan manusia melangkah ke alam yang abadi.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Apabila langit terbelah, bintang-bintang berjatuhan, apabila lautan meluap, dan kuburan dibongkar, maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang dikerjakannya dan dilalaikannya .” (Surah al-Muthaffifin: 4-17)


Ternyata untuk sampai ke tempat yang abadi dan menjalani kehidupan abadi itu, seseorang harus menempuh perjalanan yang panjang, sejak lahir hingga mengakhiri kehidupan dunia. Kematian bukanlah akhir segalanya, tetapi lebih pada pengalihan kehidupan daripada kehidupan duniawi kepada kehidupan yang kekal selama-lamanya.

Sesungguhnya Allah s.w.t. shaja yang layak disembah dan diberikan pemokusan yang jitu agar keseimbangan tuntutan kehidupan di dunia dan di akhirat. Oleh hal yang demikian itu, ketika seseorang hamba memenuhi ajakan-Nya, maka ia akan diundang sebagai penghargaan dengan kalimat-Nya yang bermaksud: “Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas dan diredhaiNya, maka susurilah ke dalam kelompok hamba-hambaKu yang soleh ke dalam syurga-syurga-Ku.” (Surah Al-Fajr: 27-30)


Top Email kepada kawan  Versi Cetakan