| TERPERINCI : |
Tema " Dilema Masyarakat Masakini ". Trend fitnah mengfitnah serta tuduh menuduh sesama sendiri yang menggugat perpaduan dan keharmonian di dalam masyarakat ditambah pula dengan sikap sebilangan remaja yang suka meniru budaya luar terutamanya masyarakat barat dibimbangi akan menjurus kepada permasalahan gejala sosial dan keruntuhan institusi keluarga. kewujudan pelbagai idealisme baru pula turut menyumbang kepada kecelaruan aqidah masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, pihak Pejabat Zon Timur merasakan perlunya pengisian dan diskusi terhadap ketiga-tiga aspek ini diketengahkan kepada masyarakat untuk meredakan suasana yang agak tegang pada masa sekarang. |