KUALA LUMPUR, 9 Oktober - Izatul Noorhafizah Hazali, Pengurus Unit Latihan dan Perundingan, Bahagian Dakwah Profesional telah dipilih sebagai pekerja cemerlang Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bagi bulan September.
Izatul Noorhafizah menerima wang tunai RM500 dan surat penghargaan.
Pengurus Kanan Pentadbiran dan Perkhidmatan YADIM, Mohammad Noor Abdul Rahman, ketika mengumumkan perkara itu berkata, pemilihan Izatul Noorhafizah sebagai pekerja cemerlang, adalah kerana kejayaannya menjana pendapatan untuk organisasi ini.
Ketika diminta berucap selepas menerima hadiah dan sijil berkenaan, Izatul Noorhafizah berkata, sesuatu pekerjaan itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.
"Kita juga perlu mempunyai komitmen yang tinggi dalam melakukan sesuatu pekerjaan,"jelasnya ringkas.
Hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Haji Mohd. Nakhaie Haji Ahmad.
Izatul Noorhafizah memulakan tugasnya di Yadim pada tahun 2002 di Unit Sukarelawan al-Falah.
Selepas enam bulan berkhidmat di unit berkenaan, dia ditukarkan pula ke Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) dan berkhidmat selama dua tahun.
Dia kemudiannya bertugas di Unit Latihan dan Perundingan hingga kini. Tahun lepas, unit berkenaan berjaya menjana keuntungan sebanyak RM179,000 manakala untuk tahun ini sehingga bulan Oktober, sejumlah RM199,000 telah berjaya diperolehi.
|