PETA LAMAN  
 
 
 
 
 
   > Berita Tempatan >> Berita Penuh  
 
Datuk YDP graduan pertama terima ijazah Doktor Falsafah UIN Suska Riau
Datuk Aziz Jamaludin bergambar bersama dengan para penilai

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi graduan pertama memperoleh ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dari Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau (UIN Suska Riau) baru-baru ini.

Beliau memperoleh predikat kelulusan Cemerlang (Comloude) 3.67 dan secara rasminya meraih gelaran Doktor dalam bidang Perundangan Islam (Hukum Islam).

Beliau berjaya menyelesaikan pengajian itu tidak sampai tiga tahun meskipun sibuk dengan tugasnya sebagai Yang Dipertua Yadim serta penglibatan dalam aktiviti pendakwahan.

Pada majlis Promosi Perdana Program Doktor pada Pascasarjana UIN Suska Riau minggu lalu yang dihadiri lebih 150 undangan, Aziz berjaya mempertahankan disertasi beliau bertajuk Pemikiran Hasan al-Banna Tentang Siyasah Syar`iyyah dan Aplikasinya Dalam Sistem Pemerintahan.

Menurut kajian beliau, pemikiran Hasan al-Banna mempunyai kesan dan pengaruh yang besar terhadap gerakan Islam di Mesir khususnya dan di dunia Islam umumnya.

Datuk Aziz Jamaludin mempertahankan hujah itu di hadapan barisan para penilai yang terdiri daripada Prof. Dr. M. Nazir (Rektor UIN Suska Riau), Prof. Dr. H. Said Aqil al-Munawwar (mantan Menteri Agama Indonesia), Prof. Dr. Mahdini, Prof. Dr. H. Alaidin Koto, Prof. Dr. Zikri Darussamin, Prof. Dr. H. Sudirman M. Johan dan Dr. Zulkayandri.

Aziz juga menekankan bahawa perbezaan penting antara Hasan al-Banna daripada pencetus teori dan pemikir politik Islam yang lain adalah keserasian pemikirannya yang dapat diaplikasikan dalam pelbagai keadaan bagi menangani permasalahan masyarakat dan negara.

"Hasan al-Banna juga dianggap sebagai ikon dalam perjuangan menegakkan keadilan sosial, sistem pemerintahan dan negara Islam yang berpandukan syariat Islam yang bersumberkan al-Quran dan sunnah sebagai platform utamanya." ujarnya.

Menurutnya lagi, Hasan al-Banna dianggap sebagai tokoh pembaharuan yang berjaya mengubah dan membebaskan masyarakat Mesir daripada cengkaman kemunduran akibat penjajahan, konflik kekuasaab dan krisis identiti kerana umat Islam tidak lagi berpegang kepada ajaran Islam.

Dalam perdebatan tersebut juga, beliau menekankan bahawa pemikiran Hasan al-Banna telah dilaksana dan diamalkan di Malaysia.

Antaranya menerusi konsep wasatiyyah dan penerapan nilai-nilai Islam yang diperjuangkan oleh kepimpinan negara.

Top Email kepada kawan  Versi Cetakan