Home » Langit Terbuka » Buku agama, tafsir yang dibakar, bukannya al Quran

Buku agama, tafsir yang dibakar, bukannya al Quran

JOHOR BAHRU26 Dis.  – Siasatan lanjut pihak polis mendapati naskah yang dibakar dalam kejadian pecah surau di Taman Universiti, di sini malam tadi dipercayai buku agama dan bukannya al-Quran.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, terdapat cebisan kertas yang masih tidak terbakar yang mengandungi perkataan-perkataan rumi disyaki buku agama atau tafsir al Quran.

Katanya, suspek dipercayai membakar buku agama berkenaan kerana berang tidak dapat mencuri duit dari tabung surau yang di simpan di dalam peti besi.

“Pemeriksaan di laluan bilik air surau yang berada di luar surau mendapati sebuah buku telah terbakar dan menjadi abu. Pengadu menyatakan benda yang terbakar bukanlah al Quran tetapi hanya buku agama sahaja.

“Pengadu kemudiannya mendapati berlaku kesilapan di dalam laporan polisnya kerana pada mulanya menyangka al Quran yang terbakar tetapi sebenarnya itu hanyalah buku agama,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu Eng Lain berkata, pemeriksaan turut mendapati tiada sebarang kesan umpil pada mana-mana bahagian masuk dalam surau dan keadaan di dalam surau mendapati naskah al Quran, Yassin dan buku agama berselerakan di atas lantai berhampiran dengan rak.

“Peralatan surau di dalam bilik stor surau turut mendapati vakum, lampu dan sejadah berselerakan manakala terdapat kesan umpil pada tabung surau serta terdapat kerosakan pada rak dan alatan di dalam stor surau akibat diselongkar,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan memandangkan ada berlaku kecurian kipas serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.- SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *