|
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ditubuhkan
pada tahun 1974 untuk menyelaras dan menyatukan badan-badan
dakwah dan membantu badan-badan ini supaya berperanan
secara membina untuk pembangunan umat dan meningkatkan
kefahaman Islam supaya masyarakat Islam memainkan peranan
aktif dalam proses kemajuan.
Sejak ditubuhkan YADIM mengalami perubahan dan perkembangan
dasar dan pendekatan, sesuai dengan perubahan masa.
Bagaimana pun tujuan dan matlamat YADIM tetap terpelihara.
YADIM terus melibatkan diri dalam kegiatan dakwah mengikut
keupayaannya. Dengan dunia melangkah ke abad 21 ini,
sudah tibalah masanya YADIM melihat kembali peranannya
dan mengkaji semula strategi dan pendekatannya. YADIM
perlu memiliki wawasan baru yang sesuai dengan tuntutan
zaman dan cabaran-cabaran masa kini, terutama cabaran
daripada ledakan maklumat dan proses globalisasi.
|