ENGLISH | ARABIC  

   
SIAPA KAMI
Visi
Misi
Penubuhan
Ahli Lembaga
Carta Organisasi
 
 
 
 
 
 
Kemajuan negara dan manfaatnya kepada umat, memerlukan kepimpinan berkualiti di segenap peringkat masyarakat daripada pemimpin atasan sehingga pemimpin diperingkat akar umbi. Bagi melahirkan kepemimpinan yang berkualiti, perbincangan dan interaksi berterusan bagi membangkitkan kesedaran dan keinsafan dikalangan pemimpin adalah penting, bagi menimba pengalaman masing-masing yang boleh dipelajari oleh segenap pihak. Program ini mula dilaksanakan pada pertengahan tahun 1996 dengan tujuan menangani masalah politik agama dalam masyarakat. Ini adalah kerana pada masa yang terakhir, muncul kegiatan-kegiatan pelampau dan merebak beberapa penyelewengan akidah di kalangan umat Islam. Program ini dirangka untuk kumpulan sasar terdiri daripada pemimpin masyarakat, pendidik, penjawat agama dan aktivis seni/budayawan. Tujuannya adalah untuk membina rangkaian kepemimpinan dalam semua lapangan dalam masyarakat yang mempunyai kesedaran dan sedia beriltizam dalam perjuangan bangsa bagi menegakkan agama, memartabatkan bangsa dan memajukan negara sebagai sebuah negara Islam.
Objektif
Mewujudkan rangkaian penggerak masyarakat yang memahami falsafah perjuangan bangsa.
 
Membina mekanisma yang dapat digerakkan setiap masa bagi menghadapi perubahan.
 
Menyelaras agensi yang bergerak diperingkat akar umbi.
Mengukuh perpaduan dan nilai-nilai murni berteraskan ajaran Islam.
Memahami kewajipan Fardhu Ain dan Kifayah dalam pembangunan negara Islam.
 
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran bagi program ini adalah penggerak masyarakat di semua peringkat.
Aktiviti
Seminar, bengkel, tadrib dan tazkirah.