| |
| UNIT
PEMBANGUNAN LATIHAN & PERUNDINGAN |
| |
| Pengenalan
Unit Pembangunan Latihan & Perundingan YADIM telah
diwujudkan pada 15hb. November 2004 sebagai entiti baru
di bawah organisasi YADIM. Unit ini diletakkan di bawah
pengurusan dan pentadbiran Bahagian Dakwah Profesional.
Unit ini mempunyai tenaga kerja yang terdiri daripada
seorang pengurus, 2 orang penolong pengurus dan dua
orang pembantu tadbir.
Operasi utama adalah untuk menjana sumber pendapatan
kepada YADIM di dalam mengumpulkan dana untuk aktiviti
dakwah melalui yuran penyertaan, yuran profesional dan
sumbang – taja pihak tertentu khususnya di dalam
merancang dan melaksanakan program atau aktiviti latihan
dan perundingan.
|
| |
Visi
VISI utama unit ini adalah untuk merancang, menyediakan
proposal, membuat promosi dan pemasaran serta melaksanakan
program-program latihan dan perundingan yang berkualiti
serta mampu memenuhi keperluan agensi pelanggan. Misi
MISI penting unit ini adalah menyediakan rangkaian tenaga
pakar, kumpulan pemikir, penceramah, trainer dan fasilitator
yang berwibawa dan berupaya menyampaikan ilmu dan kemahiran
di dalam bidang pembangunan sumber manusia sejajar dengan
Dasar Dakwah Baru YADIM serta menjana sumber pendapatan
kepada YADIM.
|
| |
| Matlamat
Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti latihan
dan perundingan
yang
berkualiti dan mampu memenuhi kehendak agensi pelanggan
(marketable).
Memberi khidmat perundingan, khidmat nasihat dan kepakaran
kepada unit-
unit
dan bahagian-bahagian di dalam organisasi YADIM di dalam
merancang dan
melaksanakan
program mereka.
Menyediakan dan mereka-bentuk modul dan proposal program
latihan dan
perundingan yang mampu menjana pendapatan
kepada YADIM.
Membentuk dan memantapkan rangkaian tenaga pakar, penceramah,
trainer,
fasilitator
dan jurulatih yang profesional di dalam mengendalikan
program latihan
dan
perundingan.
Menggalakkan masyarakat, organisasi kerajaan dan swasta,
sektor korporat
serta pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) menerima dan sanggup membuat pelaburan
(yuran
latihan) untuk program latihan dan perundingan yang
diunjurkan oleh
YADIM.
|
|
|