Yang Di Pertua

Pengenalan

Jabatan Yang Di Pertua ditubuhkan untuk mempastikan dasar-dasar dan rancangan-rancangan yang disusun dalam Dasar Dakwah Baru dilaksanakan dengan seimbang. Jabatan ini juga akan membuat pemantauan dari segi perancangan dan perlaksanaan serta pengurusan kewangan supaya sentiasa dalam kedudukan yang seimbang.

Jabatan Yang Di Pertua akan menjadi penyelaras kepada semua kegiatan yang akan dijalankan oleh YADIM, supaya kegiatan-kegiatan itu berjalan dengan lancar, berkesan, dan tidak melibatkan pembaziran dan penyelewengan.

Jabatan ini juga akan membuat pemantauan terhadap usaha-usaha pengIslaman, supaya ia dijalankan dengan penuh hikmah dan tidak membawa kepada keadaan yang boleh menimbulkan ketegangan atau mengancam keselamatan negara. Jabatan ini akan membuat garis panduan dan membuat kajian dan penyelidikan supaya pendekatan terhadap kumpulan sasaran sesuai dengan keadaan dan tahap pemikiran mereka.

Jabatan ini akan mengambil tanggungjawab di dalam mengendalikan urusan hubungan antarabangsa dan membuat perancangan yang rapi di dalam membuat dasar dan melaksnakannya. Ini adalah untuk mempastikan hubungan antarabangsa yang dijalankan memberi manfaat yang nyata secara langsung atau tidak langsung kepada kepentingan dakwah dan juga negara. Jabatan ini akan memapstikan bahawa hubungan itu juga akan membantu mengembangkan pendekatan Islam Hadhari dan dapat menjalin semangat persaudaraan Islam di kalangan masyarakat Islam antarabangsa.

Bagi menyelaras pergerakan wanita dan pertubuhan-petubuhan wanita Islam di negara ini, Majlis Perunding Wanita Islam MPWIM yang ditubuhkan sejak pelancaran DDB akan diletakkan di bawah Jabatan Yang Di Pertua. Ini akan membolehkan MPWIM memberi perhatian yang lebih kepada pergerakan wanita secara lebih berkesan, tanpa melalui halangan birokrasi. Unit MAIM telah berjaya mengadakan perkongsian pintar dengan badan-badan NGO dalam menyuarakan pandangan dan mengemukakan pendapat ke arah jalan penyelesaian masalah-masalah dan isu-isu peringkat nasional dan antarabangsa.

YDP