Khabar YADIM

  • Wasatiyyah diterima di peringkat antarabangsa

    Simposium Sains Fikah Antarabangsa yang berlangsung di Muskat, Oman baru-baru ini mengambil kesepakatan bagi membangunkan konsep kesederhanaan atau wasatiyyah sebagai jambatan kehidupan bermasyarakat yang lebih makmur dan aman.

  • Majlis meraikan persaraan Puan Noraini Md Said

    Badan Kebajikan Keluarga Yadim (Bakky) telah mengadakan sebuah majlis khas sempena meraikan persaraan Puan Noraini Md Said yang bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Yadim. Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki, Yang Dipertua Yadim.

  • Yadim anjur tahlil buat para pejuang di Lahad Datu

    Ketika hati setiap daripada kita meruntun sedih mendengar laporan beberapa orang wira negara terkorban semasa mempertahankan kedaulatan tanah air akibat pencerobohan di Lahad Datu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mengambil inisiatif menganjurkan majlis “Tahlil Buat Syuhada” pada 2 Mac 2013 lalu.

  • Madrasah untuk orang asli muslim

    Kepada individu yang berhasrat untuk membantu niat murni ini bolehlah menyalurkan sumbangan anda ke akaun Madrasah Al-Hassan Barakah (553038569369- Maybank).

  • Asyraf Wajdi mulakan tugas sebagai Yang Dipertua Yadim

    Asyraf Wajdi sememangnya nama yang tidak asing dalam dunia perbankan dan kewangan Islam di Malaysia. Anak ketiga kepada Dato’ Haji Dusuki Ahmad ini, mempunyai ijazah PhD dan Sarjana dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam daripada Loughborough University United Kingdom. Beliau banyak terlibat sebagai Penasihat Syariah dan Perunding di pelbagai institusi kewangan Islam dalam dan luar negara termasuklah Affin Islamic Bank, AIA AFG Takaful, Maldives Capital Market Authority, Maldives Insurance Company Limited, PriceWaterhouse Coopers (PWC) Malaysia, Halal Industries PLC United Kingdom dan United Chartered Bank (UCB) Amerika Syarikat. Sebelum ini, beliau bertugas sebagai Ketua Penyelidik, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalm Kewangan Islam (ISRA).

  • Memohon inayah Allah melalui Jelajah Istighasah Al-Kubra

    Oleh kerana itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah memulakan usaha dengan mengadakan Jelajah Istighasah Al-Kubra ke seluruh negara dengan niat murni untuk menyatukan umat Islam tanpa mengira fahaman politik dalam satu majlis zikir dan solat hajat bagi memohon supaya keamanan negara dapat dikekalkan daripada ancaman luar dan perpecahan umat.

  • Jelajah Istighasah mohon lindungi negara

    Salah satu usaha Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia adalah dengan menganjurkan Jelajah Istighasah yang diadakan di lokasi yang terpilih seluruh negara. Negeri yang terlibat ialah Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. Program ini akan bermula dari 21 Mac hingga 1 April 2013. Lokasi pertama akan bermula di Masjid, Pekan Bandar Diraja dan berakhir di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

  • 11 Penduduk Matunggong Peluk Islam

    Dalam program tersebut, Yang Dipertua Yadim, Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Dr Abdul Ghani Mohamed dan Pengarah Negeri BSN, Encik Sulaiman Mohd Noor telah mengislamkan enam orang wanita dan 5 orang lelaki di dalam majlis tersebut.

  • Seminar Pemikiran Dakwah Hassan Al-Banna

    Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir, Yang Dipertua Yadim akan membentangkan kertas kerja yang bertajuk "Pemikiran Dakwah Hassan Al-Banna" di dalam Seminar Pemikiran Dakwah Hassan Al-Banna anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Perak.

  • Cadangan tubuh Yayasan Hasan al Banna

    Datuk YDP mencadangkan penubuhan Hasan al Banna Foundation yang ditaja oleh anggota MABIMS. Dengan adanya yayasan ini, pemikiran-pemikiran Hasan al Banna yang bernas dan berwibawa itu akan sentiasa dikaji dan dijadikan panduan dalam mendepani zaman ini yang penuh dengan cabaran.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next »