Khabar YADIM
-
Istighasah Al-Kubra : Mohon Kesejahteraan Ummah
Majlis Istighisah Al-Kubra yang mengambil idea daripada majlis yang sama di Pekanbaru, Riau telah berjaya dilaksanakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada 19 Mei 2012 yang lalu. Majlis ini merupakan anjuran Yadim dan Masjid Wilayah Persekutuan dengan kerjasama NGO-NGO Islam.
-
Norlina Alawi bukti wanita cekal
Dalam meneruskan usaha mendekati masyarakat di samping mengambil pengalaman daripadanya, Unit Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia, Bahagian NGO Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah mengadakan satu sesi ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan HIV ke rumah Keluarga Besar Norlina Alawi Bhd (KBNAB).
-
Manhaj Malizie Yadim di Dublin
PELBAGAI orientasi dakwah dalam usaha meningkatkan kesedaran dan penghayatan Islami dilakukan banyak pihak. Ada yang memilih orientasi tabligh, politik dan tidak kurang juga cenderung ke arah sufi bagi mencapai keberkesanan amalan Islam. Sesetengah orientasi ini berpandukan jemaah atau gerakan yang terdapat di beberapa negara luar. Bagaimanapun orientasi, maslahah dan cabaran yang tidak sama dengan apa yang terdapat di Malaysia menyebabkan kesukaran dalam urusan dakwah.
-
Pemikiran Dakwah Hassan Al-Banna Beri Kesan Positif Kepada Umat Islam
`Beliau tidak pernah menyuruh untuk melakukan provokasi dan bertindak secara revolusi bagi membetulkan keadaan, malah beliau menolak sebarang percubaan dengan cara merampas kuasa dengan cara kekerasan bagi menegakkan negara yang bersandarkan kepada prinsip-prinsip syariah,’’ katanya.
-
Yadim dan PKMK Mahu Jadi Jaguh Kebajikan
“YADIM Dan PKMK akan terus bergerak seiring dalam melakukan kebajikan tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa. Perpaduan dan menjaga kestabilan keselamatan negara adalah perkara yang paling utama. Tanpa keamanan negara akan hancur dan semua perancangan tidak akan dapat dilaksanakan . Kesannya rakyat akan ketakutan,” ujar Datuk Dr. Aziz Jamaludin Mhd Tahir, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dalam Majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55 bersama anak-anak yatim anjuran Pertubuhan Kebajikan Melayu Klang (PKMK) dan Yadim di Kampung Sungai Udang, Klang.
-
Hayati Wasiat Hasan Al-Banna
Hasan al-Banna juga berpesan kepada umat Islam supaya menjaga solat dengan menyegerakan ibadat itu, banyak membaca dan mencari ilmu, berusaha belajar bahasa Arab, menggunakan masa dengan bijaksana dan menjaga perhubungan sesama manusia.
-
Datuk YDP graduan pertama terima ijazah Doktor Falsafah UIN Suska Riau
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi graduan pertama memperoleh ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dari Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau (UIN Suska Riau) baru-baru ini.
-
CEO Baru Yadim Dilantik
Setelah hampir sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) ketiadaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), hari ini Dr. Abdul Ghani Mohamed dilantik sebagai CEO yang baru menggantikan Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin yang telah tamat kontrak pada 31 Januari 2012 yang lalu
-
Al-Azhar tawar asrama pelajar Malaysia
KAHERAH 5 Feb. - Universiti Al-Azhar menawarkan kepada kerajaan untuk membina bangunan asrama bagi kemudahan pelajar-pelajar Malaysia di kawasan kampus universiti itu. Duta Besar Malaysia di sini, Datuk Dr. Mohd. Fakhrudin Abdul Mukti berkata, bangunan itu mampu menempatkan 5,000 orang pelajar dan sebahagian daripadanya mesti diperuntukkan kepada pelajar negara-negara lain.
-
Jelajah Yadim-Orang Asli membumikan erti kasih sayang
KUALA LUMPUR, 15 Feb – Meneruskan agenda untuk terus berdakwah dengan cara ‘turun padang’, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) melaksanakan satu lagi program iaitu Jelajah Silaturrahim Orang Asli Seluruh Malaysia 2012 bagi mengukuhkan iltizam untuk terus mendekati orang asli dengan tema ‘Membumikan erti kasih sayang’.
