Pendahuluan | Ahli Jawatan Kuasa | Senarai Jawatankuasa Seminar | Resolusi

Pendahuluan

email urusetia : amalislami2007@yadim.com.my

Muktamar Majlis Amal Islami kali ini diadakan bagi menghimpun sekali lagi pemimpin Pertubuhan Amal Islam bagi berbincang dan berkongsi idea mengenai isu-isu semasa dan permasalahan sosial yang timbul akibat perkembangan globalisasi yang begitu pantas.

Pertubuhan-pertubuhan amal Islam, adalah institusi masyarakat yang mempunyai keupayaan untuk menggerakkan masyarakat ke arah kemajuan dan peningkatan kualiti masyarakat Islam.

Keupayaan ini seharusnya tidak disia-siakan oleh masyarakat Islam untuk kebaikan bersama namun keupayaan ini perlu digerakkan dan peranan mereka perlu diselaraskan bagi mencapai matlamat jangka pendek dan panjang dalam perjuangan bangsa melayu untuk tergolong dikalangan “khairu ummah”.

Oleh yang demikian, umat Islam tidak boleh lagi berpeluk tubuh dan menjadi penonton kepada perkembangan yang berlaku disekitar seterunya menjadi mangsa kepada cabaran itu.

Kekalahan dan penderitaan umat di dalam dunia yang penuh saingan, pasti akan menjejaskan martabat Islam yang menjadi teras jati diri bangsa.

Sudah tiba masanya untuk kita mengemblengkan semua potensi umat secara sepadu dan serentak di bawah naungan persaudaraan Islam untuk memperkasakan usaha memaju dan membangunkan umat.


Tarikh: 11 Disember 2007 (Selasa)
Tempat: Grand Season Hotel, Kuala Lumpur
Jumlah Peserta: 300 orang peserta
Dirasmikan Oleh: Y.Bhg Tan Sri Abdul Hamid Othman
Penasihat Agama Perdana Menteri Malaysia

Objektif:

i. Mengutarakan cadangan dan pandangan mengenai isu-isu semasa
ii. Mencari jalan terbaik untuk menyatukan pandangan dan cadangan dalam membentuk perpaduan yang tegar.
iii. Menjadi wadah penggerak gerakan amal Islami dalam membantu kerajaan menangani masalah sosial yang wujud.
iv. Mengukuhkan sumber maklumat, kewangan dan tenaga sukarelawan dan prasarana untuk meningkatkan keberkesanan gerak kerja pembangunan ‘Khairu Ummah’.
v. Menyelaras gerakan amal Islami agar ia lebih tersusun dan dinamik.

Tema:
“Sukarelawan Pembangun Ummah”

Aturcara Program:

8.00 pg - Pendaftaran peserta

8.45 pg - ketibaan Dif-Dif Kehormat

9.00 pg - ketibaan
Y.Bhg Tan Sri Abdul Hamid Othman
Penasihat Agama Perdana Menteri Malaysia

9.05 pg - bacaan doa

9.10 pg - Ucapan Alu-aluan
Y.Bhg Datuk Haji Mohd Nakhaie bin Haji Ahmad
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

10.10 pg - Ucapan Perasmian
Y.Bhg Tan Sri Abdul Hamid Othman
Penasihat Agama Perdana Menteri Malaysia

11.10 pg - Jamuan pagi

11.25 pg -

Pengerusi:
Y.Bhg Mohd Jamaludin Shamsudin
Tim. Presiden Persatuan Al-Hunafa

Kertas Kerja 1
Peranan Badan Amal Islami dalam
Mendepani Cabaran Globalisasi

Oleh: Y.Bhg Ir. Dr. Haji Mumahammad Fuad Yeoh
Tim. Presiden Perst. China Muslim Malaysia (MACMA)

Kertas Kerja 2
Agenda Ummah dan Pembagunan Ekonomi Komprehensif

Oleh: Y.Bhg Dr. Izham Nayan
Pengarah Sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia

 

1.30 tghri - Makan Tengahari dan Solat Zohor

2.30 ptg - FORUM:
“Penjanaan Semula Gerakan NGO dalam Mendaulatkan Islam”

Ahli Panel:
i. Y.Bhg Ustaz Uthman El Muhammady
Fellow Kanan ISTAC
ii. Y.Bhg Encik Yusri Mohammad
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
iii. Y.Bhg Prof Dr. Zaleha Kamaruddin
Dekan Fakulti Ahmad Ibrahim, UIAM

Pengerusi:
Profesor Dato’ Paduka Mohamad Abu Bakar
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM

4.00 ptg - Rumusan

5.00 ptg - Ucapan Penutup
Y.Bhg Datuk Haji Mohd Nakhaie bin Haji Ahmad
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Email Urusetia : amalislami2007@yadim.com.my