Tokoh Islam
-
Syeikh Uthman bin Abdullah : Kadi Kuala Lumpur pertama
Syeikh Uthman bin Abdullah, ulama besar asal Minangkabau ini adalah bersaudara dengan seorang lagi ulama besar yang banyak berjasa di Tanah Melayu iaitu Syeikh Muhammad Saleh bin Abdullah al-Minankabawi. Syeikh Muhammad Saleh pernah menjadi Syeikhul Islam negeri Perak ketika Sultan Iskandar Shah memerintah negeri tersebut.
-
Mufti Melaka pertama
Diriwayatkan beliaulah yang telah mengasaskan Sekolah Agama Masjid Kampung Hulu yang kemudiannya diberi nama Madrasah Al-Aliyah. Pengalaman dan pengetahuan beliau sangat ditagih oleh masyarakat sama ada dalam bidang agama mahupun dalam urusan kemasyarakatan. Sebagai contoh, beliau telah membantu menyelesaikan masalah pembinaan Masjid Kampung Tehel, Jasin pada tahun 1925.
-
Menteri wanita pertama
Allahyarhamah Tun Tan Sri (Dr.) Fatimah binti Haji Hashim, semasa bersekolah, beliau seorang murid yang aktif dan pernah menjadi Ketua Darjah dan Ketua Kumpulan Murid Perempuan, Ketua Kumpulan (murid perempuan) kegiatan berkebun sayur, Ketua Murid Sekolah Melayu Perempuan Mersing dan ketua rombongan pasukan senaman ke pertandingan senaman sekolah-sekolah negeri Johor di Sekolah Air Molek.
-
Ulama dan Nasionalis
Sheikh Ismail Haji Muhammad Salleh atau lebih dikenali dengan panggilan Sheikh Ismail sahaja, dilahirkan pada 17 Syaaban 1311 Hijrah. Beliau merupakan anak kepada Haji Muhammad Salleh bin Haji Hashim, juga cicit kepada Haji Ishak, pengasas Pondok Pulau Pisang dan Kadi Besar Negeri Kubang Pasu semasa pemerintahan Tunku Anom.
-
Perintis `Wilayah Melayu Tulen`
Sultan Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien merupakan pejuang dan perintis kemerdekaan Negara Brunei Darussalam. Baginda berjaya meletakkan negara itu sebagai wilayah Melayu tulen, berdaulat, dan merdeka berlandaskan ajaran Islam. Baginda yang lahir pada tahun 1914, memerintah Brunei sejak 4 Jun 1950. Bagaimanapun, demi memperjuangkan kesejahteraan rakyat, baginda turun takhta pada 4 Oktober 1967. Takhta kerajaan Negara Brunei Darussalam kemudiannya diserahkan kepada anakanda baginda sebagai pengganti yang sah.
-
Pelayaran mencari kesempurnaan hidup
Kejayaan tokoh Islam ini membuktikan negara China mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang teknologi pembinaan kapal dan pelayaran. Pelayar kurun ke-15 Dinasti Ming ini dijadikan sida-sida putera Zhu Di pada umur 13 tahun. Beliau adalah sida-sida pertama memegang jawatan laksamana di China.
-
Dr. Zakir Naik – Walking Computer Yang Tegas
Sheikh Deedat menfokuskan perbandingan Islam dan Injil, manakala Zakir Naik bukan sahaja mampu menghafal al-Quran tetapi beliau turut mendalami agama lain, sehinggakan ramai orang bukan Islam terkejut apabila Dr Zakir naik mampu menghuraikan isi agama mereka dengan tepat, tanpa pertikaian.
-
Pemikiran Dakwah Hassan al-Banna
Hasan al-Banna juga dianggap sebagai pelopor kepada terciptanya metodologi dakwah yang bebas daripada unsur-unsur fanatik mazhab dan aliran keagamaan yang lain. Melalui Ikhwanul Muslimin, beliau berjaya menyatukan semua aliran dan puak-puak yang selama ini sering bertelagah sesama sendiri, ke satu wadah yang satu. Hasan al-Banna percaya dan yakin di bawah persatuan dan kesatuan Ikhwanul Muslimin, umat Islam akan dapat bersatu bagi menangani pelbagai masalah dan krisis yang melanda Mesir ketika itu. Keyakinan kepada keberkesanan Ikhwan sebagai organisasi yang mampu menjadi penyelesai persatuan dan kesatuan umat ini berdasarkan kepada pandangan bahawa aktiviti dan pemikiran dakwah Ikhwan di bawah naungan panji-panji Al Qur’an.
-
`Agar Orang Melayu Dilindungi`
Pada 21 Januari 1943 Sheikh Ismail menjadi wakil raja di suatu mesyuarat antara Jepun dengan wakil Raja-raja Melayu dan Sumatera di Singapura. Pada kesempatan inilah beliau mencurahkan isi hati agar orang-orang Melayu dilindungi dan kedaulatan Raja-rajanya dikembalikan sebagai simbol perpaduan.
-
Habib Hassan : Tokoh Korporat dan Agama Negeri Pahang
Pada masa ini, negeri Pahang terkenal dengan hasil bijih timah dan emas. Hasil galian itu didapati di Lembah Sungai Kuantan dan di beberapa tempat di daerah Lipis. Antaranya terdapat di Penjom, Tanum, Telum, Raub, Yong, Sampan, Cheka, Selinsing, dan banyak lagi. Sebagai seorang korporat, Habib Hassan membeli dan menjual bijih timah dan emas. Dalam masa yang sama beliau juga membawa masuk pekerja-pekerja dari Singapura untuk mengusahakan lombong tersebut.
