Home » 404 - Page Not Found

KK Mart, pengurus tertinggi syarikat pembekal stoking didakwa esok – Jabatan Peguam Negara

Jabatan Peguam Negara akan membuat pertuduhan terhadap Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok.

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara akan membuat pertuduhan terhadap Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok.

Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan memaklumkan, pertuduhan itu turut membabitkan pengarah-pengarah syarikat terbabit di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang Islam dengan cara mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran bagi tujuan jualan.

Menurut kenyataan itu, Syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd dan pengarah-pengarah syarikat berkenaan juga akan dituduh di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat sebagai pembekal stoking bercetak kalimah Allah kepada Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd.

Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial isu stoking tertera kalimah Allah dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Pada 16 Mac, pengurusan KK Super Mart dilaporkan memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Syarikat itu berkata, jualan stoking berkenaan dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.

Susulan isu itu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita.

Seri Paduka Baginda bertitah mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu ini berdasarkan siasatan pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI