Home » Citra Yadim » Majlis Dakwah Negara, Persatuan Ulama Malaysia kunjungi YADIM Kedah

Majlis Dakwah Negara, Persatuan Ulama Malaysia kunjungi YADIM Kedah

SUNGAI PETANI – Memperkasakan kepimpinan muda dalam organisasi dakwah serta memfokus latihan dan pengkaderan merupakan antara rancangan kerjasama yang dicadangkan untuk dijalin antara rakan rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah.

Hasrat itu dinyatakan dalam kunjungan wakil Majlis Dakwah Negara (MDN), Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Pusat Kajian Kemiskinan & Pembangunan Asnaf ke YADIM Kedah pada 10 Januari.

Mereka masing masing diwakili oleh Pengerusi Syubban (Pemuda) PUM, Dr. Muhammad Alihanafiah Norasid, Pesuruhjaya MDN Pulau Pinang, Dr Mohd Syakir Mohd Rosdi dan Pengarah Pusat Kajian Kemiskinan & Pembangunan Asnaf merangkap Timbalan Ketua Pemuda World Zakat Forum, Dr Mohd Faisal Mustaffa.

Mewakili YADIM Kedah dalam pertemuan ini ialah Pengarahnya, Ustaz Aizat Zakaria.

Dalam pada itu, turut disentuh dalam pertemuan ini ialah mengenai usaha melestarikan gerakan dakwah di Kedah dan utara semenanjung.

Pada hari yang sama, YADIM Kedah turut menerima kunjungan Pertubuhan Kebajikan Darul Ikhlas Gurun Kedah.

Kunjungan ini diketuai oleh Mohd Azwan Jamaludin selaku pengerusi dan disertai tiga orang ahli persatuan.

Antara perkara yang dibincangkan antara pertubuhan ini dengan YADIM Kedah termasuklah bekerjasama dalam aktiviti dan program-program yang akan dijalankan pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *