Home » Langit Terbuka » 1 juta penganut syiah di Malaysia – Faizal Tehrani

1 juta penganut syiah di Malaysia – Faizal Tehrani

SEREMBAN 6 Jun – 1 juta penganut Syiah di Malaysia. Dr. Mohd Faizal Musa atau dikenali sebagai Faizal Tehrani menyatakan, angka tersebut merupakan unjuran yang diambil dari sumber dari Iran.

Beliau bagaimanapun, menyatakan angka yang lebih realistik bagi penganut Syiah yang berada di Malaysia, berada sekitar 100,000 hingga ke 500,000 orang.

Bercakap di Seminari Teologi Malaysia, Seremban, beliau membentangkan dapatan daripada kertas kerja bertajuk “State-backed Discriminations Against Shiah Muslims in Malaysia since 1996-2014”.

Faizal Tehrani mendakwa, golongan “The Other Muslims” seperti penganut Syiah didiskriminasi melalui pelbagai cara di Malaysia.

Titik paling utama kepada penindasan yang disebutkannya ini bermula dengan Fatwa pengharaman Syiah yang dikeluarkan pada tahun 1996.

Ketika ditanyakan persoalan berkenaan solusi kepada masalah golongan Syiah di Malaysia, Faizal Tehrani yang juga Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata:

“Diskriminasi terhadap Syiah di Malaysia agak unik, tidak sama seperti di Pakistan di mana kita tidak tahu siapa ‘para pelakunya’, tetapi di Malaysia, kita tahu Kerajaan merupakan pihak yang menindas golongan Syiah,”

Mengenai bantuan yang diterima oleh golongan Syiah di Malaysia, beliau menyatakan bantuan dari pihak tempatan agak kurang.

Walaubagaimanapun, pada 2010, Syiah dari Amerika Syarikat dan Eropah menghulurkan bantuan dengan menderaf laporan untuk dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menjemput campur tangan antarabangsa.

“Sebahagian dari peranan saya ialah untuk membantu mereka (penganut Syiah) dengan mengangkat perkara ini dalam dunia akademik dan menyuarakan perjuangan mereka di Geneva… Saya berharap, Syiah negara asing dapat membantu saudara-saudara mereka di Malaysia,” Faizal Tehrani juga membuat pengakuan bahawa beliau telah pun membuat ziarah suci ke Karbala dan mengibarkan Jalur Gemilang di sana.

Program tersebut turut menyaksikan kehadiran Dr Eugene Yapp sebagai salah seorang panelis.

https://www.menara.my

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *