Home » Citra Yadim » 1,000 sertai Himpunan Pembaca al-Quran di UTM

1,000 sertai Himpunan Pembaca al-Quran di UTM

SEBAHAGIAN daripada jemaah yang menghadiri program Himpunan 1,000 Pembaca Al-Quran di Masjid Sultan Ismail, UTM, Skudai, Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 22 April – Kira-kira 1,000 jemaah terdiri daripada kakitangan, penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan penduduk setempat menghadiri program Himpunan 1,000 Pembaca al-Quran di Masjid Sultan Ismail, UTM, baru-baru ini.

Pihak penganjur dalam satu kenyataan memaklumkan, program berkenaan bertujuan menanam minat membaca kitab suci al-Quran dalam kalangan masyarakat.

Program dianjurkan Pusat Islam UTM dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Azzikrul Hakim Johor dan Al-Quran Di Hatiku JDT.

Program dimulakan de­ngan solat Asar berjemaah, di­ikuti majlis Tadarus al-Quran, khatam al-Quran, bacaan doa khatam dan doa ibu-bapa, ce­ramah dan jamuan, sebelum diakhi­ri dengan solat Maghrib berjemaah. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *