Home » Langit Terbuka » 14 syarikat tipu pakej umrah sudah diambil tindakan

14 syarikat tipu pakej umrah sudah diambil tindakan

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – 14 syarikat yang menipu pakej pengendalian umrah dan ziarah telah dikenakan tindakan sejak 2007 hingga tahun ini.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata, dari jumlah tersebut, sebanyak 11 syarikat telah dibatalkan lesen dan satu syarikat telah ditarik lesen bidang pelancongan luar negara (outbound).

Jelas beliau, kesemua syarikat itu didapati bersalah melanggar Akta 482 yang melibatkan elemen penipuan.

Tambah beliau bagi tahun 2017, notis pembatalan lesen telah dikeluarkan kepada dua buahll syarikat kerana telah didapati bersalah melanggar syarat-syarat dibawah Akta 482.

Bagaimanapun kedua-dua syarikat itu sedang di peringkat rayuan.

“Pihak Kementerian juga sedang menyiasat beberapa lagi syarikat yang mengendalikan pakej umrah dan ziarah yang bakal berhadapan tindakan sama jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab persoalan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang ingin mengetahui tindakan yang telah diambil terhadap agensi-agensi yang melakukan penipuan terhadap pakej-pakej umrah.

Berikut adalah senarai nama syarikat berkenaan serta tindakan yang telah diambil oleh Kementerian:

2009 Warith NY Travel & Tours (Pembatalan Lesen)

2009 Tijaratun Nur Travel & Tours (Pembatalan Lesen)

2010 Qaisar Travel & Tour (Pembatalan Lesen)

2010 Permata El-Nur Travel & Tours (Pembatalan Lesen)

2010 Hijjaz Legend Travel & Tours (Pembatalan Lesen)

2012 J & J Mesra Travel & Tours (Pembatalan Lesen)

2013 Seven Seas Travel & Tours (Pembatalan Lesen)

2014 Yadh Travel & Tours Sdn. Bhd. (Pembatalan Lesen)

2014 ANF Holidays Sdn. Bhd. (Pembatalan Lesen)

2015 Madain Al-Taqwa Travel & Tours Sdn. Bhd.

2015 Irna Yakin Travel & Tours Sdn. Bhd. (Pembatalan Lesen)

2015 Agensi Pengembaraan Asari Murni Sdn. Bhd. (Dilarang menjalankan aktiviti Outbound)

2017 Ukhwah Firdausi Travel Sdn Bhd Notis Pembatalan Lesen (Dalam Peringkat Rayuan)

2017 Imtiyaz Travel & Tours Sdn. Bhd. Notis Pembatalan Lesen (Dalam Peringkat Rayuan)

 

www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *