Home » Langit Terbuka » 15 Pengganas Daesh Ditahan

15 Pengganas Daesh Ditahan

Ketua Polic Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan sebanyak 15 individu termasuk seorang pelajar sekolah menengah yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengganas Daesh menerusi beberapa tangkapan berasingan di lima negeri pada 27 Mac hingga 9 Mei lalu.

Kesemua suspek berusia 17 hingga 51 tahun itu ditahan oleh Bahagian Counter Terorism Cawangan Khas PDRM di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Kelantan dan Sabah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tangkapan melibatkan enam warga tempatan, enam warga Filipina termasuk dua pemegang taraf penduduk tetap (PR), sepasang suami isteri warga Afrika dan seorang warga Bangladesh.

“Seorang daripada suspek yang merupakan suri rumah berusia 51 tahun dipercayai merancang melancarkan serangan semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan merempuh pengundi bukan Islam menggunakan kereta di pusat pembuangan undi. Suspek turut merancang merempuh rumah ibadat bukan Islam menggunakan kereta yang dimuatkan tong gas sebagai bahan letupan.

“Turut menarik perhatian adalah suspek pelajar tingkatan lima yang merancang untuk melancarkan serangan secara bersendirian (lone wolf) dengan menggunakan ‘molotov cocktail’ ke atas gereja, pusat hiburan dan kuil di sekitar ibu negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Fuzi, kesemua suspek warga tempatan serta dua warga Filipina pemegang taraf PR di bawah Bab VIA – Kesalahan Berkaitan Keganasan, Akta 574 Kanun Keseksaan dan akan disisasat mengikut prosedur di bawah Akta 747 Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

“Tiga lagi suspek warga asing disiasat di bawah Kesalahan Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *