Kelewatan jemaah haji dapat visa bakal selesai: TH

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan kira-kira satu peratus jemaah haji yang menghadapi kesulitan penerbangan ke Tanah Suci akibat kelewatan visa supaya bersabar kerana masalah itu akan diselesaikan dalam masa terdekat. Bahagian Hal Ehwal Awam dan komunikasi Korporat TH dalam kenyataan hari ini berkata, proses mendapatkan dan mencetak visa haji sedang […]

Dua blok asrama maahad tahfiz musnah terbakar

SEPANG 29 Julai – Dua buah blok asrama Maahad Tahfiz Al Baraqah di Jalan Besar Salak di sini yang menempatkan 100 pelajar musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran awal pagi tadi. Pembantu Tadbir maahad tahfiz terbabit, Jaafar Ismail berkata, kejadian berlaku di asrama yang dihuni pelajar tahfiz lelaki berumur di antara lapan ke 12 […]

Nasab anak luar nikah: Keputusan Jakim sama, kekalkan peraturan bin, binti Abdullah

BANGI, 29 Julai – Penasaban anak tidak sah taraf orang Islam diteruskan seperti sedia ada sehingga keputusan Mahkamah Persekutuan diperoleh, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha. “Semoga usaha pihak JPN melalui Jabatan Peguam Negara untuk menfailkan rayuan terhadap kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan akan berjalan lancar,” katanya dalam satu […]

Berlebihan menonton sukan di televisyen juga boleh melalaikan?

Oleh BURHANUDDIN JALAL Antara agenda pihak musuh Islam untuk melalaikan umat Islam ialah melalui 3S iaitu Sing (nyanyian), sport (sukan) dan sex (seks). Ketiga-tiga perkara tersebut memang sedia terhidang melalui saluran televisyen yang ada di kebanyakan rumah kita pada hari ini. Hakikatnya, sebahagian besar rancangan televisyen boleh dikategorikan sebagai hiburan. Hal ini kerana peratusan rancangan […]

Intifada Palestin berjaya

Rejim Zionis mengalah, keluarkan sekatan keselamatan di Masjid Al-Aqsa BAITULMAQDIS 27 Julai – Penduduk Palestin bersorak kegembiraan meraikan keme­nangan intifada terbaharu mereka selepas berjaya membebaskan Masjid Al-Aqsa daripada sekatan rejim Zionis. Menurut portal berita Al-Jazeera, polis Israel telah mengeluarkan ke­semua peralatan dan sekatan keselamatan yang dipasang di pekara­ngan dan laluan pintu masuk masjid sejak awal […]

Isu bin anak luar nikah: Umat Islam wajib patuh hukum, syariat

BANGI, 27 Julai – ‘Hukum Islam tetap hukum Islam, ia wajib dipatuhi seluruh umat Islam, sekalipun undang-undang dunia menolaknya’. Menegaskan demikian, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria turut terkejut dengan laporan keputusan Mahkamah Rayuan yang dilaporkan memutuskan bahawa anak yang dilahirkan di luar nikah (anak luar nikah atau anak tak sah taraf) boleh berbinkan nama […]

Pertimbang semula keputusan Mahkamah Rayuan

KUALA LUMPUR 27 Julai – Kerajaan digesa membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mem­pertimbangkan se­mula keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan yang membenarkan anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah berbinkan nama bapanya. Presiden Persa­tuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang (gambar) berkata, ke­putusan itu memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada umat Islam […]

Budaya ravers, hipsters petanda hilang jati diri

Oleh AMIRUL EQHWAN RAHIM Bangsa Melayu cukup terkenal dengan budaya bersopan santun, lemah lembut serta tinggi budi bahasa. Namun, kesemua sikap ini seakan-akan sudah terhakis dalam diri bangsa Melayu terutama sekali anak Melayu generasi Y. Baru-baru ini, media sosial Facebook dihangatkan dengan sebuah acara yang berlangsung di KLCC, iaitu acara ‘Ravers melawan Hipster’. Majoriti daripada […]

Mahu status quo Masjid Al-Aqsa dikembalikan

RAMALLAH – PALESTIN 26 Julai –  Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mahu situasi di Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur, dikembalikan kepada status quo seperti sebelum tarikh 14 Julai, lapor agensi berita Xinhua. “Pendirian Palestin dalam hal ini tidak akan berubah,” katanya selepas menghadiri mesyuarat tergempar yang turut disertai pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin, pemimpin pergerakan Fatah dan […]

Israel sedang rampas Al-Aqsa daripada tangan umat Islam

ANKARA, 26 Julai – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran bahawa rejim Zionis Israel sedang melakukan cubaan untuk merampas Masjid Al-Aqsa daripada tangan umat Islam. “Adalah tidak boleh diterima untuk mengatakan umat Islam yang berkunjung ke tanah suci itu sebagai pengganas. Setiap orang yang mengenali Israel, bimbang dengan larangan yang dikenakan di Masjid Al-Aqsa […]