Home » Citra Yadim » 487 ahli Sahabat YADIM sertai perkhemahan

487 ahli Sahabat YADIM sertai perkhemahan

muhsin 2017 (1) muhsin 2017 (2)
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui Bahagian Kepimpinan Muda (Kemuda) telah berjaya menganjurkan 13 siri Mukhayyam Ukhuwah Sahabat YADIM (MUHSIN) pada bulan Ogos lepas melibatkan 487 ahli Sahabat YADIM di seluruh negara.
Pengurus Eksekutif Kemuda, Zamani Karulani berkata, program MUHSIN itu telah melibatkan ahli-ahli Sahabat YADIM dari institusi pengajian tinggi di seluruh negara dan telah diadakan di 13 lokasi perkhemahan.
“Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan diharapkan dengan adanya aktiviti luar ini dapat membentuk jati diri dan disiplin ahli-ahli Sahabat YADIM selain mengeratkan silaturahim sesama mereka,’’ katanya.
Program berkenaan, katanya, amat digemari oleh golongan muda, justeru, Kemuda menganjur MUHSIN yang bukan sekadar perkhemahan tetapi juga diisi dengan aktiviti yang bermanfaat bagi pembinaan diri para peserta.
Beliau berkata, program ini dikelolakan sendiri oleh ahli-ahli Sahabat YADIM yang merupakan para pelajar intitusi pengajian tinggi di negara ini melibatkan 13 negeri.
Katanya, melalui program ini, YADIM juga berharap dapat mengeratkan tali silaturahim antara ahli Sahabat YADIM Negeri, meningkatkan daya kreativiti dan semangat pasukan melalui aktiviti fizikal di samping dapat mengambil kesempatan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Sahabat YADIM Negeri.

PROGRAM MUKHAYYAM UKHUWAH SAHABAT YADIM 2017

TARIKH NEGERI LOKASI BIL

PESERTA

11-13 Ogos 2017 Pulau Pinang Bintang Sedim Villa, Sungai Sedim, Kedah 52
15-17 Ogos 2017 Kedah Bendang Man Motivation Camps, Sik, Kedah 40
17-19 Ogos 2017 Terengganu Cemerung Outdoor Adventure, Kampung Jongok Batu, 23000 Dungun, Terengganu 48
18-20 Ogos 2017 Perak D’wasin Campsite & Village Gerik, Perak 49
18-20 Ogos 2017 Wilayah Persekutuan/ Selangor Serama Adventure Park, Durian Tunggal, Melaka 31
18-20 Ogos 2017 Pahang Kela Adventure Camp, Raub, Pahang 33
18-20 Ogos 2017 Sarawak Siar Beach Resort Lundu, Sarawak 35
18-20 Ogos 2017 Kelantan Kem Telaga Bijih Tanah Merah, Kelantan 48
21-23 Ogos 2017 Johor Taman Hutan Lagenda, Gunung Ledang, Tangkak 41
21-23 Ogos 2017 Perlis Tapak Perkhemahan Hutan Hujan-Hujan, Gua Kelam Perlis 37
25-27 Ogos 2017 Melaka Kem Saujana Asahan, Melaka 27
25-27 Ogos 2017 Negeri Sembilan Sedanan Outdoor Camp, Melaka 46

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *