Home » Citra Yadim » 51 NGO Islam meriahkan sambutan Hari Raya YADIM Kelantan

51 NGO Islam meriahkan sambutan Hari Raya YADIM Kelantan

KOTA BAHRU – Kehadiran wakil-wakil 51 badan bukan kerajaan (NGO) Islam memeriahkan Majlis Sambutan Hari Terbuka NGO Islam dan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 yang dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Cawangan Kelantan pada 8 Julai 2018.

Turut hadir dalam majlis yang diadakan di Hotel Crown Garden, Kota Bharu itu, ialah Yang Dipertua YADIM, Dr Yusri Mohamad serta Pengarah YADIM Zon Timur, Mahadi Awang.

Kehadiran wakil-wakil NGO Islam Kelantan ini ke majlis berkenaan membuktikan  ikatan ukhwah sesama mereka tidak pernah renggang dan sentiasa terjalin erat.

Selain itu, turut hadir pada majlis berkenaan ialah jemputan daripada pelbagai jabatan dan juga agensi yang pernah terlibat untuk menjayakan program YADIM secara bersama.

Dalam pada itu, pada hari yang sama turut diadakan adalah perbincangan meja bulat Ahli Jawatankuasa Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Kelantan.

Mahadi berkata, tujuan meja bulat itu diadakan adalah untuk menghimpun semua NGO Islam di Kelantan yang berada di bawah Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) dan seterusnya memperkukuhkan peranan majlis ini dalam membawa isu-isu umat Islam semasa.

“Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dr. Yusri sendiri dengan beberapa perkara telah dibincangkan oleh ahli-ahli gabungan MAIM.

“Beberapa agenda dikenal pasti untuk diketengahkan terutama berkaitan Kluster Sosial untuk terus melaksananan program bagi menjadikan masyarakat sentiasa harmoni dalam cabaran kehidupan bermasyarakat,’’ katanya.

Turut hadir dalam mesyuarat terebut ialah Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Hubungan Antarabangsa YADIM, Mohd Khairul Fuad Samsuddin.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *