Sukarelawan YADIM (SAY) Sepang telah menyertai Kursus Intensif Pengasuhan Anak-Anak

SUKARELAWAN YADIM (SAY) Sepang telah menyertai Kursus Intensif Pengasuhan Anak-Anak anjuran YAWAS, IMPAK dan PTNS di Oriental Crystal Hotel, Kajang baru baru ini. Sepanjang kursus dua hari ini, antara yang telah didedahkan kepada para peserta ialah kemahiran untuk mengurus perniagaan pengasuhan di rumah yang dipecahkan kepada dua sesi iaitu Pemakanan Sihat dan Seimbang serta Persekitaran […]

Program Sepakat Madani bersama Komuniti di Kelantan

SIRI Pertama program Sepakat Madani bersama Komuniti di Kelantan telah bermula di Madrasah Ar Rahmaniah Darul Quran, Kampung Kok Semeru, Tumpat pada 19 Februari. Program bermula dengan Bicara Minda bertajuk “Malaysia Madani Menjamin Kesejahteraan Ummah” yang disampaikan oleh Duat Al Falah, Ustaz Tuan Anuwa Tuan Mat. Selesai Bicara Minda, program diteruskan dengan penyampaian bakul makanan […]

Jelajah Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pimpinan Guru RSY IPG, Zon Utara

YADIM Meneruskan lagi Siri Jelajah Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pimpinan Guru Rakan Siswa YADIM (RSY) Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Utara dan Majlis Induksi. Pada 19 Februari seramai 20 orang Majlis Pimpinan RSY IPG Kampus Perlis telah menerima watikah pelantikan masing-masing. Majlis Penyerahan Watikah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Encik Nuuh […]

Induksi Rakan Siswa YADIM (RSY) di Kedah

SESI Induksi Rakan Siswa YADIM (RSY) turut diadakan di Kedah, kali ini bersama 20 orang pimpinan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darul Aman (IPGMKDA) pada 17 Februari di Jitra. Sesi yang telah dikendalikan oleh Pegawai Unit IPG dan Politeknik, Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Encik Nuuh Muhamad Idris dan Puan Anis Zurain Che Ab. Rahim […]

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pimpinan Guru Rakan Siswa YADIM (RSY)

BAHAGIAN Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGMKSAH) telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pimpinan Guru Rakan Siswa YADIM (RSY) peringkat kampus berkenaan pada 18 Februari. Selain Majlis Penyampaian Watikah kepada pimpinan RSY IPG Kampus Sultan Abdul Halim ini, ia juga diisi dengan sesi induksi kepada pimpinan guru […]

Program YADIM Interaktif: Tahsin Ibadah di Dewan An Nur

LENSA Program YADIM Interaktif: Tahsin Ibadah di Dewan An Nur, Pejabat Kesihatan Daerah Marang pada 18 Februari. Diadakan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Cawangan Marang, ia dihadiri seramai 50 peserta. Bagi program ini, para peserta terdiri daripada terdiri daripada kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Marang, sebelum diluaskan ke pejabat lain. Zamalah […]

Program YADIM Peduli Mesra Masjid dan Bantuan Ibu Tunggal/Asnaf

DENGAN Kerjasama Bank Simpanan Nasional, YADIM Johor pada 17 Februari telah menyantuni 20 ibu tunggal dan asnaf. Program YADIM Peduli Mesra Masjid dan Bantuan Ibu Tunggal/Asnaf itu turut menyaksikan para peserta bergotong- royong membersihkan kawasan luar Dan dalam Masjid Jamek Al-Sa’diah, Kampung Belemang, Tangkak, lokasi program dilaksanakan. Hadir ke program ini ialah Pengerusi Masjid Al […]

Program CNY Bersama Komuniti Cina Muslim Dan Bukan Muslim

LENSA Program CNY Bersama Komuniti Cina Muslim Dan Bukan Muslim di Pusat Harmoni Pulau Pinang pada 17 Februari. YADIM Pulau Pinang dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Pulau Pinang merupakan antara yang terlibat menjayakan program peringkat Negeri Pulau Pinang ini. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau […]

YADIM Kolaboratif: Semarak Dakwah Dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama

KERJASAMA Dakwah dengan pelbagai rakan strategik menjadi antara pendekatan melestari gerakan dakwah oleh YADIM Kelantan. Pada 17 Februari, mereka bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Persatuan Kebajikan Rakyat Gua Musang mengadakan program YADIM Kolaboratif: Semarak Dakwah Dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama bertempat di Balai Raya Gerakan Desa Wawasan […]

Forum Pengukuhan Kedudukan Mahkamah Syariah

CAKNA Dengan isu kedudukan Mahkamah Syariah yang hangat diperkatakan ketika ini, YADIM telah mengambil inisiatif menganjurkan ‘Forum Pengukuhan Kedudukan Mahkamah Syariah’ pada 17 Februari. Berlangsung di Dewan Abdullah Bukhari Nasyrul Quran Putrajaya, ia dihadiri lebih 200 peserta terdiri daripada wakil badan bukan kerajaan, pemimpin komuniti, kakitangan kerajaan dan swasta, sukarelawan serta pelajar universiti. Program bermula […]