Diskusi Madani ALPA YADIM

DISKUSI MADANI telah diadakan pada 6 Febuari yang dipengerusikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM merangkap Pengerusi YADIM Research Management Centre (YRMC), Datuk Dr Harlina Halizah Haji Siraj. Diskusi ini dikendalikan oleh Pengurus Kanan Bahagian Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Encik Khairul Arifin Monir. Ia menumpukan ahli YRMC sebagai peserta sasaran dengan hasrat mendapat maklumat […]

Kunjung hormat ke Kedutaan Besar Malaysia Mesir (KBMM)

DELEGASI YADIM yang kini dalam lawatan kerja ke Mesir telah mengadakan kunjung hormat ke Kedutaan Besar Malaysia Mesir (KBMM) dan Education Malaysia Egypt (EME) bertempat Dewan Malaysia Abbasiah, Kaherah pada 6 Februari. Diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin, kunjungan hampir dua jam ini antara lain membincangkan kerjasama dan sesi libat urus […]

Kem Kepimpinan Madani Remaja di INDAH

BAHAGIAN Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM telah mengadakan Kem Kepimpinan Madani Remaja bersama Pertubuhan Sukarelawan Al Falah di Institut Latihan Dakwah YADIM, Hulu Langat selama 3 hari 2 malam bermula 2 Februari lalu. Program ini melibatkan seramai 70 pelajar daripada beberapa sekolah seluruh Negeri Sembilan bersama guru pengiring mereka. Para peserta diberi tarbiyah dan pengisian disiplin […]

Kem Daie Muda Matrikulasi Peringkat Kebangsaan melabuhkan tirai

KEM Daie Muda Matrikulasi Peringkat Kebangsaan telah melabuhkan tirai pada 4 Februari setelah berkampung di Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak selama 3 hari. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Pengarah Matrikulasi Perak, Encik Azman Mokhtar. Dalam ucapannya, beliau berharap segala ilmu yang diperolehi daripada kem ini dapat dikongsikan dengan pelajar lain selepas peserta pulang ke kolej masing-masing. […]

Tahsin Ibadah (Pengurusan Jenazah)

PROGRAM YADIM Interaktif : Tahsin Ibadah (Pengurusan Jenazah) bertempat di Surau Ma’ahad Al-Imam Al-Syafie, Pendang pada 4 Februari meneruskan inisiatif YADIM Kedah berdakwah dan menyantuni masyarakat. Aluan kepada program disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM Kedah dan Perlis, Ustaz Mohamad Bilal Mohd Zain. Seramai 35 orang pelajar dan 5 orang guru Ma’ahad Al-Imam Al-Syafie, telah hadir […]

Forum “Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat”

EKONOMI merupakan suatu sektor yang sentiasa diberi penekanan dalam menjayakan Aspirasi Malaysia Madani seperti yang telah dihasratkan kerajaan. Selaras dengan perkara tersebut, YADIM Pulau Pinang telah mengadakan forum bertajuk “Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat” pada 3 Februari. Timbalan Yang Dipertua YADIM, Prof. Madya Dr. Adi Anuar Azmin dan Timbalan Pengerusi Forum Ekonomi Madani, Prof Dato’ Dr. […]

Misi Bantuan Pasca Banjir di Pahang

MISI Bantuan Pasca Banjir oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diteruskan pula ke Pahang. Sumbangan disampaikan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Mokhtar di Pekan dan Rompin pada 3 Februari yang turut melibatkan YADIM. Untuk mangsa banjir Pekan, acara sumbangan diadakan […]

Hari keempat Daurah Hadith Sahih Bukhari di Jamia Markaz, Kerala India

PADA Hari keempat Daurah Hadith Sahih Bukhari di Jamia Markaz, Kerala India, kakitangan YADIM dan rombongan telah menghadiri majlis penutup bagi program Suhbah (persidangan), yang berlangsung selama tiga hari, bertempat di Jami’ah Markaz Saquafathi Sunniya, Kozhikode dan Masjid Jamiul Futuh, Markaz Knowledge City. Program tersebut merupakan anjuran Jami’ah Markaz Saquafathi Sunniya, bertujuan mengeratkan hubungan serta […]

Street Dakwah Sukarelawan Cinta Alam, YADIM Terengganu

STREET Dakwah Sukarelawan Cinta Alam anjuran YADIM Terengganu pada 3 Februari berjaya menarik penyertaan lebih 200 peserta terdiri daripada golongan muda. Dianjurkan bersama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu, ILP Gong Badak, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, rakan badan bukan kerajaan Abu Hurairah Inisiatif, Klinik IKRAM dan lain-lain, para peserta bergotong-royong membersihkan Pantai Seberang Takir, Kuala […]

Program Kem Daie Muda Matrikulasi (KDMM) peringkat kebangsaan

BAHAGIAN Kepimpinan Muda YADIM melebarkan lagi sayapnya dengan penganjuran program Kem Daie Muda Matrikulasi (KDMM) peringkat kebangsaan. Program dengan kerjasama Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia ini bermula pada 2 hingga 4 Februari bertempat di Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak. Seramai 260 pelajar daripada Kolej Matrikulasi seluruh negara telah melaporkan diri bersama guru pengiring masing-masing. Program dimulakan […]