Wacana Integriti YADIM bersama pihak SPRM

KOMITED Untuk telus dalam setiap urusan melestari gerakan dakwahnya, YADIM merangka beberapa program dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 30 Januari, telah diadakan sesi perbincangan Wacana Integriti YADIM bersama pihak SPRM. Antara yang disentuh termasuklah program kerjasama yang bakal menyaksikan YADIM akan menyertai Slot Wacana Integriti anjuran SPRM serta mengadakan Lafaz Ikrar Bebas […]

Program Cuci Cuci SK Pasir Raja

TERUS Turun padang menyantuni mangsa banjir, YADIM dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Dato Razali Ismail telah mengadakan program Cuci Cuci membersihkan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Raja, Dungun pada 29 Januari. Seramai 60 Rakan Siswa YADIM turun padang ke program ini membersihkan sekolah berkenaan yang dilanda banjir baru baru ini. Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi […]

Program YADIM Peduli Mangsa Banjir

PASCA Banjir di Johor, YADIM konsisten melaksanakan program-program menyantuni mangsa bencana berkenaan. Pada 29 Januari, telah dianjurkan Program YADIM Peduli Mangsa Banjir Daerah Mersing di Balai Raya Kampung Air Papan, Mersing dengan rakan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Mersing Care. Seramai 70 keluarga menerima sumbangan Bakul Madani yang disampaikan Pengarah YADIM Johor, Encik Muhamad Ammar […]

Kunjungan hormat daripada Kor Agama Tentera Malaysia (KAGAT)

KETUA Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin pada 29 Januari telah menerima kunjungan hormat daripada Kor Agama Tentera Malaysia (KAGAT). KAGAT yang diwakili oleh Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan, Kolonel Zulkifli Mustafa dan Ketua Dakwah KAGAT, Leftenan Kolonel Dr. Azlisham Abdul Aziz hadir bertujuan membina hubungan antara rakan strategik serta menjalin kerjasama program jerayawara […]

YADIM Kolaboratif: Motivasi Keibubapaan

JALAN Dakwah YADIM Kelantan bukanlah memfokuskan kepada ceramah agama semata mata. Bidang pendidikan juga dititik beratkan sebagai salah satu usaha melestari gerakan dakwah di negeri tersebut. Bagi mencapai hasrat berkenaan, dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan (SK) Kelar dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas, telah diadakan program YADIM Kolaboratif: Motivasi Keibubapaan pada 29 Januari. Seramai 190 ibu […]

Majlis Khatam al-Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Bechah Durian

YADIM Kelantan terus mendekati dan bekerjasama dengan pihak sekolah di negeri tersebut bagi tujuan melestari gerakan dakwah dalam program-program pendidikan agama. Pada 29 Januari, badan dakwah ini telah terlibat dalam program Majlis Khatam al-Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Bechah Durian, di dewan sekolah berkenaan. Seramai 39 pelajar tahun 3,4,5 dan 6 terlibat. Menariknya, majlis turut […]

SAY Kuala Langat menyantuni masyarakat

KAMPUNG Jenjarom, Kampung Sungai Rambai, Telok Mengkuang dan Kampung Sijangkang menjadi lokasi terbaharu Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat menyantuni masyarakat. Baru-baru ini mereka menyampaikan sumbangan makanan kepada 24 keluarga anak yatim dan miskin di kawasan berkenaan. Pengerusi SAY Kuala Langat, Haji Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya, Rasid Yusop turun padang menyampaikan sumbangan berkenaan.

SAY Sabak Bernam menyantuni orang yang memerlukan

KEPRIHATINAN Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam sekali lagi mengundang sebuah syarikat swasta di daerah tersebut untuk menjalin kerjasama dalam melestari gerakan dakwah menerusi kebajikan. Pada 28 Januari, Syarikat Bakriana Enterprise dan SAY Sabak Bernam berganding menyantuni dua insan yang kurang bernasib baik di daerah tersebut menerusi sumbangan barangan dapur. Terharu dengan kisah seorang nelayan yang […]

Majlis penutupan Nadwah Kepimpinan Islam (NKI)

NADWAH Kepemimpinan Islam Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan kali ke-41 melabuhkan tirainya dengan majlis penutupan yang telah diadakan pada 28 Januari. Bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Terengganu, program ini telah diadakan selama 5 hari bermula 24 hingga 28 Januari melibatkan seramai 144 orang peserta dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh Malaysia. […]

Majlis Khatam al-Quran Sekolah Kebangsaan (SK) Lati

LENSA Majlis Khatam al-Quran Sekolah Kebangsaan (SK) Lati di Dewan Al-Ghazali, sekolah berkenaan pada 28 Januari. Seramai 70 pelajar Tahun 6 yang khatam al- Quran diraikan dalam majlis ini. Setiap mereka menerima senaskhah al- Quran disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus yang juga merasmikan majlis ini. Ucapan aluan program disampaikan oleh Guru […]