YADIM Johor menyantuni mangsa banjir

MENERUSKAN Inisiatif membantu mangsa banjir di Johor, YADIM pada 21 Januari menyantuni 120 mangsa bencana berkenaan di Kota Tinggi. Setiap keluarga menerima sumbangan kit penjagaan kebersihan dan snek syarikat Family Bite Malaysia yang disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Naim Haji Mokhtar. Hadir ke program ini […]

SAY Kuala Langat menyantuni keluarga miskin & anak yatim

PROGRAM Turun padang menyantuni masyarakat oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat baru-baru ini menyaksikan 25 keluarga miskin dan anak yatim menerima sumbangan makanan. Mereka merupakan penduduk yang tinggal di sekitar Kampung Sawah, Kampung Sungai Buaya, Kampung Jenjarom dan Kampung Sijangkang. Pengerusi SAY Kuala Langat, Haji Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya, Encik Roslan Yaacob telah menyampaikan […]

Program Akrab Sukarelawan YADIM

SELAIN Fokus kepada menyantuni masyarakat, Sukarelawan YADIM (SAY) juga tidak lupa kepada ukhuwah dan kebajikan sesama anggota pasukan. Atas semangat ini, dianjurkan program Akrab Sukarelawan YADIM pada 19 dan 20 Januari oleh YADIM Terengganu dan SAY. Bertempat di Surau Kampung Tasek Cherang Melintang Besut, Masjid Kampung Mangkok Setiu dan Dewan Mina Banggol Donas, Kuala Terengganu, […]

Diskusi Sifat Solat Nabi S.A.W

LENSA Program Bicara Dakwah : Diskusi Sifat Solat Nabi S.A.W pada 20 Januari anjuran YADIM Terengganu di Masjid Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu. Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Madya Dr. Firdaus Khairi Abdul Kadir dijemput memberi pengisian dalam program ini. Hadir dalam program ini ialah Pengerusi Masjid Kubang Parit, Haji Ruzak Md Noor. YADIM diwakili […]

Kursus Pemahaman Agama-Agama Dunia di ILIM

YADIM telah menghantar lima pegawainya menyertai Kursus Pemahaman Agama-Agama Dunia pada 15 hingga 19 Januari di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi. Kursus tersebut telah dikendalikan sepenuhnya oleh Prof. Dr. Kamar Oniah Kamaruzaman, mantan pensyarah bidang Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang membincangkan berkaitan asas fahaman lima agama besar dunia. Beliau merupakan tokoh […]

YDP YADIM menerima kunjungan wakil UPSI

YANG Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah menerima kunjungan dua orang wakil Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris di pejabatnya di Putrajaya pada 18 Januari. Prof Madya Dr. Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi dan Ustaz Muhammad Hasbi Abdul Rahman telah mengadakan perbincangan cadangan kerjasama modul sebutan dalam solat dan kursus […]

Lawatan kerja Pulau Aman, YADIM Pulau Pinang

DENGAN Kepelbagaian penduduk dan budaya, Pulau Pinang memerlukan pendekatan dakwah yang tersendiri dan proaktif. Cakna dengan keperluan itu, YADIM Pulau Pinang pada 18 Januari telah mengadakan lawatan kerja ke Pulau Aman, Seberang Perai Selatan untuk meninjau dan mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Masjid Ar-Rahman di sana dan Pengerusi Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) bagi pihak YADIM […]

Kunjungan muhibbah PUSPEN kepada YADIM Pulau Pinang

LENSA Kunjungan muhibah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kampung Selamat, Tasek Gelugor kepada YADIM Negeri Pulau Pinang baru-baru ini. Kunjungan ini bagi membincangkan program yang boleh dianjurkan bersama bagi melestarikan gerakan dakwah khususnya di Pulau Pinang . Pengarah YADIM Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohammad Fadzil Alias, Penolong Pengarah Puspen Kampung Selamat, Encik Azhar Kamaruddin Saidin […]

Kunjung hormat Institut Aminudin Baki (IAB)

BERTUJUAN mengadakan kerjasama strategik daripada segi jaringan dan kolaboratif dalam bidang pengurusan serta kepimpinan pendidikan, Institut Aminudin Baki (IAB) pada 18 Januari telah mengadakan kunjung hormat kepada Yang Dipertua YADIM. Kunjungan kepada Datuk Hasanuddin Mohd Yunus di pejabatnya di Putrajaya itu juga untuk mengadakan perbincangan khususnya berhubung pendekatan kepimpinan dakwah Islamiah antara IAB dan YADIM […]

Program Aspirasi Remaja Madani Tahsin Ibadah; Pengurusan Jenazah

PENDIDIKAN kekal menjadi saluran dakwah cukup berkesan yang sentiasa dimanfaatkan oleh YADIM Terengganu. Selaras dengan itu, program Aspirasi Remaja Madani Tahsin Ibadah dengan tajuk Pengurusan Jenazah telah diadakan oleh YADIM Terengganu di Dewan KesUMa Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom Kuala Terengganu pada 18 Januari. Seramai 150 pelajar tahun 5 dan 6 menyertai program setengah hari ini. […]