Kem Belia Sejahtera (K-Best) 2023 Peringkat Negeri Selangor

GERAK Kerja dakwah YADIM Selangor bersama belia diteruskan dengan mengisi slot sempena Kem Belia Sejahtera (K-Best) 2023 Peringkat Negeri Selangor anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Majlis Belia Negeri Selangor dan Majlis Belia Daerah Sabak Bernam. Dalam program yang diadakan di Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam bermula […]

Penutup SPIKEM di Universiti Islam Selangor (UIS)

SEMINAR Peradaban Islam dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) keenam telah berlangsung pada 9 November dengan jayanya di di Universiti Islam Selangor (UIS). Disertai seramai 300 peserta terdiri daripada pelajar dan kakitangan universiti berkenaan, ia disempurnakan perasmiannya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar […]

Program Aspirasi Belia Madani di Pusat Giat MARA Marang

ASPIRASI Belia Madani di Pusat Giat MARA Marang, Kuala Terengganu memasuki siri ke 10 apabila program terbaharu diadakan pada 8 November. Program bermula pada jam 9.15 pagi di dewan kuliah dan dihadiri seramai 30 peserta, serta seorang guru. Program dilaksanakan secara bacaan berkitab menggunakan kitab Fiqh Manhaji dan dilaksana dalam bentuk interaksi dua hala. Topik […]

YADIM Pahang: Siri ceramah kesedaran Solidariti Palestin

BERTEMPAT Di Masjid Paya Bungor, Kuantan, YADIM Pahang bersama rakan strategik MyCARE Pahang dan Pertubuhan Peduli Progresif telah menganjurkan siri ceramah kesedaran Solidariti Palestin pada 7 November. Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Alwi Muda telah menyampaikan perkongsian berkaitan isu Palestin dan Taufan Al Aqsa. Dalam ceramah ini, Ustaz Alwi telah membawa masyarakat setempat memahami tentang hubungan […]

Program Rahmah Madani Bersama Mangsa Banjir di Daerah Dengkil

BANJIR Yang mula melanda negara sentiasa diambil berat oleh YADIM. Justeru badan dakwah ini menyertai Program Rahmah Madani Bersama Mangsa Banjir di Daerah Dengkil pada 8 November anjuran agensi-agensi agama Islam Persekutuan. Bersama rakan-rakan agensi, YADIM menyantuni seramai 335 mangsa banjir daripada 91 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan […]

YADIM menyertai Konvoi Kembara Zakat (KKZ)

MENERUSI Bahagian Pelaburan dan Penajaan, YADIM telah menyertai Konvoi Kembara Zakat (KKZ) Tahun 2023 di Negeri Kedah Darul Aman yang berlangsung pada 7 hingga 9 November. Ia merupakan anjuran Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, Majlis Agama Islam Negeri, Agensi Mengurus Zakat dan Lembaga Zakat Negeri Kedah. Ia turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan […]

YADIM mengeratkan hubungan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

YADIM pada 7 November mengeratkan hubungan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan sesi kunjung hormat yang diwakili oleh Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner. UTM pula diwakili oleh Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin, dan Pengarah Pembangunan Aktiviti Pelajar, Prof. Madya Dr Azlan Abdul Latib dalam pertemuan itu. Fokus utama […]

YADIM Pulau Pinang: Program Sehari Bersama Komuniti Madani (SEBATI Madani)

YADIM Pulau Pinang dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang kampus induk telah mengadakan program Sehari Bersama Komuniti Madani (SEBATI Madani) pada 3 hingga 4 November bertempat di Masjid Al- Malik Khalid, USM. Program dimulakan dengan Wacana Perlembagaan Malaysia Madani yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YADIM,Tuan Muhammad Faisal Abdul […]

Bengkel Jati Diri Ke Arah Pembangunan Komuniti Hijrah Madani

DAKWAH YADIM kepada komuniti yang berhijrah tidak pernah kunjung padam. Menerusi Bengkel Jati Diri Ke Arah Pembangunan Komuniti Hijrah Madani pada 4 November di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA, YADIM menyantuni seramai 50 orang dari kalangan komuniti berkenaan. Mereka yang hadir ini juga kelak, bakal bertindak sebagai sahabat komuniti untuk mengajak lebih ramai berhijrah kembali […]

Malam Apresiasi Palestin anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka

YADIM Menzahirkan sokongan kepada Palestin menerusi pelbagai pendekatan. Bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka telah berlangsung Malam Apresiasi Palestin anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 5 November. Malam Apresiasi ini turut dihadiri wakil-wakil daripada pelbagai pihak seperti GAPENA, PENA, Radio Zayan, WADAH, ABIM, Pertubuhan Ilmu Salaf Dot Com (iSDC) […]