YADIM Kelantan: Seminar Pemantapan Akidah Saudara Baru

CAKNA Dengan pelbagai bentuk ancaman terhadap akidah saudara baharu di negara ini, YADIM Kelantan pada 11 November telah mengadakan Seminar Pemantapan Akidah Saudara Baru di Dewan Kompleks Masjid Al Hikmah Tanjung Mas, Kota Bharu. Seramai 40 saudara baharu menyertai program anjuran YADIM Kelantan dengan kerjasama MACMA, WADAH dan ABIM ini. Selain mengukuhkan akidah Islam dalam […]

Induksi RSY Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sarawak, Miri.

PERLUASAN Ejen dakwah Rakan Siswa YADIM (RSY) diteruskan lagi dengan Sesi Watikah dan Induksi RSY Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sarawak, Miri. Program ini telah diadakan di Dewan Ilmu kampus tersebut pada 11 November dengan seramai 20 pimpinan menerima watikah lantikan dalam majlis ini. Sesi kali ini memberi penekanan berkaitan Plan Of Action (POA) bagi […]

Kem Belia Sejahtera (K-Best) 2023 Peringkat Negeri Selangor

GERAK Kerja dakwah YADIM Selangor bersama belia diteruskan dengan mengisi slot sempena Kem Belia Sejahtera (K-Best) 2023 Peringkat Negeri Selangor anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Majlis Belia Negeri Selangor dan Majlis Belia Daerah Sabak Bernam. Dalam program yang diadakan di Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam bermula […]

Penutup SPIKEM di Universiti Islam Selangor (UIS)

SEMINAR Peradaban Islam dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) keenam telah berlangsung pada 9 November dengan jayanya di di Universiti Islam Selangor (UIS). Disertai seramai 300 peserta terdiri daripada pelajar dan kakitangan universiti berkenaan, ia disempurnakan perasmiannya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar […]

Program Aspirasi Belia Madani di Pusat Giat MARA Marang

ASPIRASI Belia Madani di Pusat Giat MARA Marang, Kuala Terengganu memasuki siri ke 10 apabila program terbaharu diadakan pada 8 November. Program bermula pada jam 9.15 pagi di dewan kuliah dan dihadiri seramai 30 peserta, serta seorang guru. Program dilaksanakan secara bacaan berkitab menggunakan kitab Fiqh Manhaji dan dilaksana dalam bentuk interaksi dua hala. Topik […]

YADIM Pahang: Siri ceramah kesedaran Solidariti Palestin

BERTEMPAT Di Masjid Paya Bungor, Kuantan, YADIM Pahang bersama rakan strategik MyCARE Pahang dan Pertubuhan Peduli Progresif telah menganjurkan siri ceramah kesedaran Solidariti Palestin pada 7 November. Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Alwi Muda telah menyampaikan perkongsian berkaitan isu Palestin dan Taufan Al Aqsa. Dalam ceramah ini, Ustaz Alwi telah membawa masyarakat setempat memahami tentang hubungan […]

Program Rahmah Madani Bersama Mangsa Banjir di Daerah Dengkil

BANJIR Yang mula melanda negara sentiasa diambil berat oleh YADIM. Justeru badan dakwah ini menyertai Program Rahmah Madani Bersama Mangsa Banjir di Daerah Dengkil pada 8 November anjuran agensi-agensi agama Islam Persekutuan. Bersama rakan-rakan agensi, YADIM menyantuni seramai 335 mangsa banjir daripada 91 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan […]

YADIM menyertai Konvoi Kembara Zakat (KKZ)

MENERUSI Bahagian Pelaburan dan Penajaan, YADIM telah menyertai Konvoi Kembara Zakat (KKZ) Tahun 2023 di Negeri Kedah Darul Aman yang berlangsung pada 7 hingga 9 November. Ia merupakan anjuran Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, Majlis Agama Islam Negeri, Agensi Mengurus Zakat dan Lembaga Zakat Negeri Kedah. Ia turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan […]

YADIM mengeratkan hubungan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

YADIM pada 7 November mengeratkan hubungan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan sesi kunjung hormat yang diwakili oleh Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner. UTM pula diwakili oleh Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin, dan Pengarah Pembangunan Aktiviti Pelajar, Prof. Madya Dr Azlan Abdul Latib dalam pertemuan itu. Fokus utama […]

YADIM Pulau Pinang: Program Sehari Bersama Komuniti Madani (SEBATI Madani)

YADIM Pulau Pinang dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang kampus induk telah mengadakan program Sehari Bersama Komuniti Madani (SEBATI Madani) pada 3 hingga 4 November bertempat di Masjid Al- Malik Khalid, USM. Program dimulakan dengan Wacana Perlembagaan Malaysia Madani yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YADIM,Tuan Muhammad Faisal Abdul […]