Bengkel Jati Diri Ke Arah Pembangunan Komuniti Hijrah Madani

DAKWAH YADIM kepada komuniti yang berhijrah tidak pernah kunjung padam. Menerusi Bengkel Jati Diri Ke Arah Pembangunan Komuniti Hijrah Madani pada 4 November di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA, YADIM menyantuni seramai 50 orang dari kalangan komuniti berkenaan. Mereka yang hadir ini juga kelak, bakal bertindak sebagai sahabat komuniti untuk mengajak lebih ramai berhijrah kembali […]

Malam Apresiasi Palestin anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka

YADIM Menzahirkan sokongan kepada Palestin menerusi pelbagai pendekatan. Bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka telah berlangsung Malam Apresiasi Palestin anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 5 November. Malam Apresiasi ini turut dihadiri wakil-wakil daripada pelbagai pihak seperti GAPENA, PENA, Radio Zayan, WADAH, ABIM, Pertubuhan Ilmu Salaf Dot Com (iSDC) […]

YDP YADIM diundang ke Pertandingan Seni Keris 2023

YANG Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah diundang ke Pertandingan Seni Keris 2023 yang diadakan di Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya pada 5 November. Beliau turut diberi kepercayaan menjadi juri dalam pertandingan busana lelaki dan wanita, pertandingan kesenian pembikinan keris Bugis dan Jawa, serta desingan bilah keris dan diikuti menyampaikan hadiah kepada pemenang. Program […]

BAHAGIAN Khidmat Bakti (BKB) menyampaikan bantuan awal kepada mangsa banjir

BAHAGIAN Khidmat Bakti (BKB) dibantu Sukarelawan YADIM (SAY) telah mengadakan tinjauan serta menyampaikan bantuan awal kepada mangsa-mangsa banjir di Bangi pada 5 November. Sebanyak 16 karton air mineral serta 20 pek makanan kering diserahkan kepada mangsa di Sekolah Kebangsaan Bangi dan Pos Rela Taman Bangi Ria. Hasil tinjauan, beberapa kawasan didapati dinaiki air terutamanya di […]

Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani di Kampung Pulau Manis

SIRI Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani’ di Kampung Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu menyaksikan ia padat diisi dengan pelbagai pengisian. Diadakan pada 2 hingga 3 November, ia diadakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Terengganu seperti ABIM, Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Pulau Manis, Ahli Jawatankuasa Kalang Warisan, Kawasan Rukun Tetangga, Pejabat Penerangan, RTM dan Persekutuan Pengakap […]

YADIM Kelantan: Program Bicara Minda Malaysia Madani

YADIM Kelantan terus komited memberikan kefahaman kepada pelbagai lapisan masyarakat berkaitan Gagasan Malaysia Madani. Justeru, Program Bicara Minda Malaysia Madani dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama telah dianjurkan secara bersama oleh YADIM Kelantan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus (IPG) Kota Bharu pada 5 November di Dewan Bakti IPG […]

15 buah keluarga dibantu oleh SAY Kuala Langat

LIMA Belas keluarga memerlukan di Kampung Sawah, Kampung Sungai Buaya dan Kampung Sijangkang disantuni Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 3 November. Keluarga anak yatim, miskin dan warga emas ini menerima sumbangan barangan dapur dan makanan sudah dimasak disampaikan Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dibantu ahli jawatankuasanya, Encik Roslan Haji Yaacob. Sumbangan kali ini […]

Program Penyampaian Barang Keperluan Asas dan Cuci-cuci Masjid (BKB)

YADIM menerusi Bahagian Khidmat Bakti (BKB) telah menyantuni golongan yang memerlukan dalam Program Penyampaian Barang Keperluan Asas dan Cuci-cuci Masjid di Masjid Tambak Paya, Ayer Molek, Melaka pada 4 November. Dalam program ini, seramai 30 keluarga menerima sumbangan beras yang disampaikan oleh Penolong Pengarah BKB, Abdul Qaiyum Aris di masjid berkenaan. Kakitangan BKB juga membersihkan […]

Program Ihya’ Murabbi: Guru Daie, Pemangkin Generasi Madani

SERAMAI 230 penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam (KPI), Bangi menyertai Ihya’ Murabbi: Guru Daie, Pemangkin Generasi Madani pada 4 November. Program anjuran YADIM Selangor dengan kerjasama Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) ini berlangsung di Dewan Nik Mohd Mohyidden, IPG berkenaan. Cakna dengan perkembangan semasa yang kini berlaku di Palestin, ia menghimpunkan solidariti kepada […]

Warna–Warni Pentas Akhir Akademi Daie Muda YADIM 2023

WARNA–Warni Pentas Akhir Akademi Daie Muda YADIM 2023 di Auditorium Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, Kelana Jaya pada 3 November. Seramai enam daripada 28 pelatih ADMY telah mempersembahkan segala kemahiran, bakat dan pengalaman yang diperoleh selepas dilatih dengan pelbagai modul selama empat bulan untuk benar-benar menjadi pendakwah di lapangan. ADMY mempunyai objektif untuk melahirkan daie […]