Tahsin Ibadah : Solat Ketika Sakit di Pejabat Kesihatan Daerah Marang

SIRI Ketiga Tahsin Ibadah : Solat Ketika Sakit berlangsung di Pejabat Kesihatan Daerah Marang pada 10 Mac. Disertai seramai 50 kakitangan pejabat tersebut, ia menampilkan Ustaz Abdul Rashid Abdullah dan Ustaz Zuliadin Abdullah sebagai penceramah. Bertujuan memberi pencerahan dan tunjuk ajar bagaimana untuk beribadah ketika sedang sakit, para peserta didedahkan dengan pengisian secara teori dan […]

YADIM Interaktif : Majlis Ta’alim Al- Hadis ‘Syarah 40 Hadis Imam Al-Nawawi’

LENSA Sekitar program YADIM Interaktif : Majlis Ta’alim Al- Hadis ‘Syarah 40 Hadis Imam Al-Nawawi’ bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kuala Berang, Hulu Terengganu. Program pada 10 Mac ini mensasarkan 35 orang ahli PAWE Hulu Terengganu yang menampilkan Zamalah YADIM Terengganu, Ustaz Ahmad Burhanuddin Abdul Rahman sebagai penceramah. Ucapan aluan telah disampaikan oleh […]

Program Back To School YADIM – SSM

MENJELANG Sesi persekolahan baharu yang bakal bermula, YADIM telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyantuni para pelajar yang memerlukan. Seramai 320 pelajar telah menerima sumbangan beg sekolah dalam Program Back To School YADIM – SSM pada 9 dan 10 Mac. Sumbangan ini adalah daripada dana Wakalah Zakat SSM dan diagihkan melalui YADIM dengan kerjasama […]

Program Ziarah Kasih Ambang Ramadan

SUKARELAWAN YADIM Sabak Bernam turut tidak ketinggalan menyantuni komuniti mereka sempena kedatangan Ramadan. Pada 9 Mac, mereka telah mengadakan program Ziarah Kasih Ambang Ramadan untuk enam keluarga yang memerlukan. Mereka yang disantuni merupakan keluarga asnaf dan pesakit kronik di Sungai Besar, Sungai Haji Dorani dan Sungai Panjang. Kesemua menerima sumbangan barangan dapur dan lampin pakai […]

Pembinaan Kompleks Pusat Pengajian Islam Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan

YADIM Telah dijemput untuk sama-sama menjayakan pembinaan Kompleks Pusat Pengajian Islam Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan. Untuk tujuan itu, Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang pada 9 Mac telah memenuhi menghadiri Majlis Jamuan Makan Sambil Menderma Pondok Tok Kenali di Dataran Pondok Tok Kenali. Turut sama hadir menjayakan program ini ialah wakil-wakil pondok […]

Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran Kali Ke-10 Pertubuhan Sahabat Al-Quran Negeri Johor

LEBIH 1,500 peserta memenuhi Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Skudai dalam Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran Kali Ke-10 Pertubuhan Sahabat Al-Quran Negeri Johor. Anjuran YADIM Johor, Pertubuhan Sahabat Al-Quran Negeri Johor dan Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, ia melibatkan peserta terdiri daripada rombongan negeri Terengganu, Perak, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan tuan […]

Program Bicara Solehah dan Madani Care

LENSA Program Bicara Solehah dan Madani Care anjuran YADIM Terengganu di Masjid Putera Jaya, Setiu pada 9 Mac. Bertempat di masjid tersebut selaku rakan kerjasama, program ini menghimpunkan kira-kira 40 jemaah muslimah kariah berkenaan. Dianjurkan sempena Ramadan dan Hari Wanita Antarabangsa 2024, pengisian program ini menumpukan kepada pemerkasaan wanita. Program turut menyaksikan sumbangan disampaikan kepada […]

Pertandingan hafazan Al Quran Peringkat Kebangsaan Itqan – Sesi (16) 2024

SERAMAI 1,200 peserta dalam dan luar negara menyertai Pertandingan hafazan Al Quran Peringkat Kebangsaan Itqan – Sesi (16) 2024 yang kini sedang berlangsung. Program ini dianjurkan Yayasan Pendidikan Itqan dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kedutaan Diraja Arab Saudi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin […]

Program Bicara Solehah bertajuk ‘Wanita Dan Puasa’

LENSA Program Bicara Solehah bertajuk ‘Wanita Dan Puasa’ anjuran YADIM Terengganu pada 8 Mac di Dewan Cerong Binjai, Chendering, Kuala Terengganu. Pengisian disampaikan Zamalah YADIM Terengganu, Ustaz Zuliadin Abdullah kepada seramai 50 penghuni Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Cerong Binjai, Chendering. Hadir sama ke program ini ialah Pengerusi Persatuan Penduduk RPMM Cerong Binjai, Puan Zuziela […]

Menyantuni Asnaf sempena Program Ummatic Festival

MENYANTUNI Asnaf sempena Program Ummatic Festival, YADIM diberi tanggungjawab memimpin pasukan untuk mengedarkan kotak sumbangan kepada keluarga terpilih. Kesempatan memimpin kumpulan terdiri daripada pelajar antarabangsa Indonesia dan beberapa pelajar tempatan adalah peluang yang baik untuk mengenalkan budaya dan loghat masyarakat tempatan selain berperanan dalam khidmat sosial dan kebajikan. Bahagian Khidmat Bakti YADIM yang turun padang […]