Reruai Kedai Buku YADIM di Tanjong Sepat

Warga Tanjong Sepat, jom terjah reruai Kedai Buku YADIM! Sempena program Jelajah Hari Terbuka Malaysia Madani, Unisel Depani di Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat pada 21 hingga 22 Oktober, reruai Kedai Buku YADIM mengadakan pameran dan jualan dengan pelbagai aktiviti disediakan. Dapatkan harga runtuh dan cenderamata percuma, hanya di Kedai Buku YADIM. Cenderamata percuma […]

Kuliah Subuh oleh Yang Dipertua YADIM

LENSA Kuliah Subuh oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus di Surau Darul Syakirin, Bintulu pada 21 Oktober. Hampir 100 ahli kariah hadir mengikuti kuliah berkenaan yang menyentuh mengenai tauhid dan betapa manusia sebenarnya amat bergantung kepadaNya. Turut disentuh ialah perkembangan semasa, terutamanya mengenai isu Palestin. Hadir sama ialah Pengerusi Surau Darul Syakirin, Yusuf […]

Program Peduli Remaja Madani

BERTEMPAT di Dewan Gunung Mat Chincang Langkawi, YADIM Kedah dan Perlis telah mengadakan Program Peduli Remaja Madani kepada 460 orang pelajar Pengisian telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Zainudin Mohamad Zaini atau lebih dikenali sebagai PU Yeop. Program anjuran bersama Kolej Vokasional ini juga turut dihadiri oleh kaunselor, Puan Norkhalilah Abd. Razak. Institusi ini merupakan salah […]

Program Bicara Anak Muda kepada atlet perahu layar

MENGAMBIL Tanggungjawab melaksanakan dakwah kepada semua, YADIM Kedah dan Perlis dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengadakan program Bicara Anak Muda kepada atlet perahu layar pada 20 Oktober. Pengisian program kerohanian ini diadakan di Dewan Pusat Latihan Perahu Layar di Langkawi. Penceramah diundang adalah PU Yeop yang memberi pengisian kepada lebih 50 peserta terdiri […]

Townhall Model Kepimpinan Mahasiswa Madani

SESI Townhall Model Kepimpinan Mahasiswa Madani bersama Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin telah berlangsung pada 20 Oktober. Sesi ini merupakan kemuncak pengisian Konvensyen Mahasiswa Madani pada hari kedua program dengan penglibatan 350 orang peserta daripada Majlis Pimpinan Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Tuan Haji Zamri turut menyantuni barisan pimpinan Rakan Siswa […]

SAY Kuala Langat menyantuni 23 keluarga miskin dan yatim

KAMPUNG Telok Mengkuang, Telok Panglima Garang, Jenjarom dan Kampung Sijangkang menjadi lokasi terkini agihan makanan oleh Sukarelawan YADIM (SAY), Kuala Langat. Kali ini program pada 20 Oktober itu menyantuni 23 keluarga miskin dan anak yatim. Haji Hasmawi Haji Mahidin selaku Pengerusi SAY Kuala Langat dan ahli jawatankuasanya, Encik Roslan Haji Yaacob telah menyampaikan agihan makanan […]

DIALOG Siswa TVET Madani

DIALOG Siswa TVET Madani dengan tajuk ‘Kepimpinan Mahasiswa High Impact Dalam Membangun Negara Madani’ telah berlangsung di Politeknik Ungku Omar sempena Konvensyen Mahasiswa Madani pada 20 Oktober. Dialog ini telah dikendalikan oleh Saudara Muhammad Syahmi Aqil Mohd Syahrem, Yang Dipertua Majlis Pimpinan Pelajar POLYCC selaku moderator. Panel forum yang pertama adalah Prof. Datuk Dr. Sivamurugan […]

Majlis Perasmian Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani POLYCC – YADIM

MAJLIS Perasmian Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani POLYCC – YADIM telah berlangung pada 20 Oktober di Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Pengarah PUO, Dr. Shamsuri Abdullah selaku tuan rumah program konvensyen pada kali ini. Ujarnya, antara objektif yang digariskan bagi penganjuran konvensyen tersebut adalah memupuk semangat perpaduan dan saling membantu […]

Bual Bicara: ‘Hala Tuju Mahasiswa Dan Cabaran Kepimpinan Muda Madani’.

SEMPENA Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani POLYCC-YADIM, telah berlangsung sesi bual Bicara bertajuk ‘Hala Tuju Mahasiswa Dan Cabaran Kepimpinan Muda Madani’. Disampaikan oleh Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsuddin Moner, sesi ini dihadiri 350 pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak pada 20 Oktober. Beliau memberi pencerahan tentang cabaran-cabaran semasa yang kini dihadapi […]

KPE YADIM di UNISZA Terengganu

KETUA Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin telah dijemput menyampaikan Kuliah Khas Cinta Rasul di Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Kuala Terengganu pada 20 Oktober. Program sempena sambutan Maulidur Rasul dan Hari Alumni UNISZA 2023 ini dihadiri seramai 150 peserta. Di Terengganu Ustaz Zamri turut mengambil kesempatan menemui pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) […]