Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL) di Selangor

KEM Rimba Bukit Lagong, Selayang menjadi lokasi seterusnya penganjuran program ikonik YADIM, Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL) di Selangor. Seramai 45 peserta dari Selayang menghadiri kem selama dua hari pada 5 dan 6 Februari ini. Kesemuanya menerima pendedahan aktiviti dalam dan luar kelas yang direka bertujuan melahirkan remaja yang mempunyai sahsiah terpuji selain aktif jasmani […]

Mesyuarat Penyelarasan Konvensyen Antarabangsa Melestari Gerakan Dakwah kali ke-2

MESYUARAT Penyelarasan Konvensyen Antarabangsa Melestari Gerakan Dakwah kali ke-2 telah diadakan pada 5 Mac di ibu pejabat YADIM di Putrajaya. Ia dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sidang Editorial Jurnal YADIM sesi 2024/2026, Prof. Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail. Konvensyen berkenaan dijangka akan diadakan pada September nanti di Universiti Multimedia Cyberjaya. Ini merupakan kali ke-2 ia diadakan […]

YADIM Kelantan: Program Jiwa Madani

LENSA Program Jiwa Madani hasil kerjasama YADIM Kelantan dan Jabatan Penerangan Daerah Bachok pada 5 Mac. Program di Pejabat Penerangan Daerah Bachok ini memberi penerangan berkaitan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (1) 2019. Pencerahan mengenai isu berkenaan disampaikan oleh Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Haji Nik Saiful Adli Burhan, […]

Semarak Dakwah Komuniti Madani Dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama

KERJASAMA Dakwah dengan pelbagai rakan strategik kekal menjadi pendekatan melestari gerakan dakwah oleh YADIM Kelantan. Pada 4 Mac, mereka bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Persatuan Ta’awun Rakyat Harmoni Gua Musang mengadakan program YADIM Kolaboratif: Semarak Dakwah Komuniti Madani Dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama bertempat di Surau Kampung […]

Gotong royong membersihkan kubur di Kampung Parit 4 Sekinchan

SUKARELAWAN YADIM (SAY) Kuala Selangor terus sentiasa bersama masyarakat. Sempena Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, SAY Kuala Selangor bersama penduduk telah bergotong royong membersihkan kubur di Kampung Parit 4 Sekinchan pada 3 Mac. Program bermula seawal jam 7.30 pagi dengan kehadiran penduduk kampung sebelum tahlil ringkas diadakan dan kerja-kerja menebas rumput dan pembersihan […]

Kunjung hormat YADIM Negeri Johor kepada APM Negeri Johor

LENSA Kunjung hormat YADIM Negeri Johor kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor di Pejabat APM Negeri Johor, Johor Bahru pada 4 Mac. YADIM Johor telah mengambil peluang untuk mengadakan perbincangan mengenai kerjasama menjayakan Program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani dan Bicara Dakwah Madani untuk Ramadan ini selain menganjurkan Kursus Bimbingan Kerohanian untuk pegawai […]

Almarhumah Puan Hajah Azizah binti Haji Pin ahli SAY Batu Kurau meninggal dunia

SUKARELAWAN YADIM (SAY) hari ini (3 Mac) menerima khabar duka apabila salah seorang ahli terawal pasukan itu menghembuskan nafas terakhirnya. Almarhumah Puan Hajah Azizah binti Haji Pin merupakan salah seorang ahli SAY Batu Kurau, Perak dan mantan ahli jawatankuasa pertama untuk Batu Kurau. Berusia 83 tahun ketika meninggal Dunia, beliau merupakan ahli SAY yang cukup […]

Program Ihya Ramadan bersama PERTIS

YADIM Johor turut tidak ketinggalan mengadakan program sempena ketibaan Ramadan. Bersama Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) cawangan Johor, mereka mengadakan program Ihya Ramadan disertai 30 ahli persatuan tersebut pada 2 Mac. Majlis di Pusat Aktiviti PERTIS , Kempas Johor Bahru itu dimulakan dengan tahlil ringkas disusuli ceramah Ihya Ramadan oleh Imam Masjid Negara, […]

Konvensyen Madani Rakan Siswa Yadim 2024 di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur

TIGA Hari bersidang menyaksikan lebih 200 barisan pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) dari seluruh negara pulang membawa ilmu, pengalaman dan azam baharu untuk dipraktikkan di institusi masing-masing. Konvensyen Madani Rakan Siswa Yadim 2024 di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur itu memberi pelbagai pengisian untuk barisan pimpinan yang hadir seperti kerja berpasukan, kepimpinan, komunikasi silang budaya […]

Seminar Perlindungan Mualaf Melalui Pendekatan Perundangan

YADIM telah menyertai Seminar Perlindungan Mualaf Melalui Pendekatan Perundangan pada 2 hingga 3 Mac. Seminar di Kuala Lumpur ini disertai seramai 80 wakil-wakil Jabatan Agama Islam negeri, rakan badan bukan kerajaan Islam serta para pensyarah institusi pengajian tinggi. Pengisian program telah disampaikan oleh pakar-pakar perlembagaan dan peguam-peguam syariah. Antara yang disentuh ialah isu hak, cabaran […]