Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani di Pulau Ketam, Klang

SIRI Terbaharu Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani di Selangor kali ini diadakan di Pulau Ketam, Klang pada 26 dan 27 Februari. Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’ sebagai pengisian murabbi hari pertama. Pada 27 Februari, melalui kerjasama Bahagian Khidmat […]

Seminar Kenegaraan Madani Pegawai Dan Anggota Kolej Tentera Udara

SEMINAR Kenegaraan Madani Pegawai Dan Anggota Kolej Tentera Udara di Auditorium Taming Sari, Kepala Batas pada 27 Februari telah dihadiri seramai 120 pegawai dan anggota pasukan berkenaan. Dianjurkan oleh YADIM Kedah dan Perlis dengan kerjasama Kolej Tentera Udara, ia bertujuan menajamkan lagi kefahaman Aspirasi Malaysia Madani di kalangan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Program […]

Sesi perbincangan kepimpinan mahasiswa di pejabat ABIM Mesir

SEKITAR Sesi perbincangan kepimpinan mahasiswa dan isu semasa yang berlangsung di pejabat ABIM Mesir di Kaherah pada 27 Februari. Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Encik Ahmad Saparudin Yusup hadir ke pertemuan ini bersama Pengerusi Rakan Siswa YADIM Mesir, Mohamad Hafiy Mu’izzuddin Mustakim dan disambut oleh kepimpinan ABIM di Mesir. Antara perkara yang […]

Bengkel Persediaan Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif & Kreatif

SERAMAI 41 orang pegawai YADIM daripada pelbagai sektor termasuk wakil YADIM Negeri seluruh negara telah menyertai Bengkel Persediaan Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif & Kreatif dan Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri Tahun 2024. Melalui penganjuran bengkel oleh Bahagian Perancangan Strategik dan Media dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia, YADIM mengambil tanggungjawab memberikan pelbagai ilmu dan kemahiran […]

Pertemuan YDP YADIM bersama pimpinan Rakan Siswa YADIM Mesir

KEPENTINGAN Mempersiapkan pemimpin generasi muda dengan penguasaan ilmu yang tinggi dan kemahiran berunding adalah antara intipati nasihat Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dalam pertemuan dengan pimpinan Rakan Siswa YADIM Mesir di Kaherah pada 25 Februari. Beliau mengambil iktibar kisah Rasulullah SAW menerima perintah solat kepada umatnya sewaktu peristiwa Isra’ dan Mikraj. Kisah itu […]

Program Bicara Solehah ‘Syarah Hadis 40 Imam Nawawi’

LENSA Program Bicara Solehah ‘Syarah Hadis 40 Imam Nawawi’ anjuran YADIM Terengganu dengan kerjasama Masjid Pengkalan Setar, Kuala Terengganu pada 24 Februari. Bertempat di masjid berkenaan, ia dihadiri oleh seramai 50 jemaah wanita dari kariah Kampung Pengkalan Setar. Zamalah YADIM, Ustazah Nor Akmariah Abdullah merupakan penceramah jemputan bagi program ini.

Program Aspirasi Remaja Madani ‘Kem Anak Soleh’.

BERTEMPAT Di Rumah Wakaf Baitul Rahmah, Bukit Besar Kuala Terengganu, seramai 61 pelajar menyertai program Aspirasi Remaja Madani ‘Kem Anak Soleh’. Ia merupakan anjuran YADIM Terengganu, Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Terengganu, MyCare dan Ikram Junior Kuala Terengganu. Slot pertama pada 23 Februari diisi oleh Ustazah Nur Hidayah Abdul Razak dengan tajuk Akhlak Mulia Anak Soleh’ […]

Konvensyen Malaysia Madani Rakan Belia YADIM di IKTBN Bukit Mertajam.

WARNA Warni belakang tabir sekitar Konvensyen Malaysia Madani Rakan Belia YADIM di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam. Konvensyen ini merupakan anjuran Bahagian Kepimpinan Muda, YADIM dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan dengan pemilihan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam sebagai tuan rumah. Turut sama menjayakan ialah Jabatan […]

YADIM Kedah dan Perlis meraikan Tahun Baharu Cina MACMA

SABAN Tahun, YADIM turut meraikan rakan-rakan yang menyambut Tahun Baharu Cina. Pada 24 Februari, YADIM Kedah dan Perlis telah terlibat dalam penganjuran program bersama badan bukan kerajaan untuk perayaan berkenaan. Program anjuran MACMA Daerah Kulim ini berlangsung di perkarangan Pejabat Agama Daerah Kulim. Antara aktiviti yang dijalankan ialah perkongsian ilmu, persembahan tarian pelajar Tadika dan […]

Program Bicara Dakwah di Surau Al Hurriyah

LENSA Program Bicara Dakwah di Surau Al Hurriyah Rumah Awam Kos Rendah Mengabang Lekor, Kuala Nerus pada 23 Februari. Program anjuran YADIM Terengganu, Sukarelawan YADIM Mengabang Lekor, Jawatankuasa Surau Al Hurriyah dan Kawasan Rukun Tetangga Mengabang Lekor ini dihadiri seramai 60 peserta. Program dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha sebelum Bicara Dakwah ‘Tadabbur Ayat-Ayat Pilihan’ disampaikan […]