Yadim cari tokoh Keluarga Mithali

Oleh Prof. Datuk Noor Aziah Mohd. Awal     BAGI mengiktiraf tokoh keluarga mithali di negara ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) sekali lagi meneruskan penganjuran Anugerah Keluarga Mithali pada tahun ini. Anugerah yang pertama kalinya dianjurkan rentetan daripada Anugerah Ibu Mithali pada tahun 2014 itu bertujuan memberi […]

Orang ramai diminta henti spekulasi cemar imej tahfiz

JOHOR BAHRU, 27 April – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan orang ramai supaya berhenti membuat spekulasi berhubung kes kematian Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11 selagi kes berkenaan masih disiasat. Beliau berkata, ia bagi mengelakkan perbuatan tersebut mengguris hati keluarga dan mencemar imej institusi tahfiz. Katanya lagi, […]

Datuk Bandar didenda cetus kebencian penduduk Islam

PARIS 26 April – Datuk Bandar Bezier, sebuah bandar yang terletak di bahagian selatan Perancis, Robert Menard, didenda 2,000 euro (RM9,513.26) kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kebencian kepada penduduk Muslim tempatan pada tahun lalu. BBC.com melaporkan, Menard didenda selepas beliau mengatakan terlalu ramai kanak-kanak Muslim di sekolah-sekolah tempatan di laman rasmi Twitter miliknya. “Di […]

Remaja Islam AS dapat hak bertinju pakai hijab

MINNESOTA, 26 April – Seorang peninju Muslim dari Minnesota, Amaiya Zafar, telah memenangi hak untuk bersaing secara menutup aurat di gelanggang tinju di Amerika Syarikat. Jurulatihnya, Nathaniel Haile seperti yang dipetik oleh The Star Tribune berkata, ianya merupakan satu langkah yang besar. “Beliau memperoleh hak untuk mempamerkan kemahiran beliau, dan saya gembira untuknya. Tetapi ia […]

23 NGO tubuh badan bertindak tentang Hindraf

KUALA LUMPUR 26 April – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini bersetuju menubuhkan Badan Bertindak Melayu Islam (Bertindak) untuk menyeru semua umat Islam bangkit menentang kebiadaban pertubuhan haram Hindraf. Bertindak yang diketuai peguam dan aktivis, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Hindraf sering mencabar dan menghina kedaulatan agama […]

YADIM terima kunjung hormat dari Pergas

PUTRAJAYA – Organisasi dakwah dan Islam di rantau ini perlu mempunyai rangkaian atau hubungan yang baik bagi memantapkan  gerakan dakwah di Nusantara dan secara langsung dapat mengatasi pelbagai cabaran dan ancaman, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr. Yusri Mohamad. Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Ulama dan Guru-guru Islam […]

Lawatan dari Unisza

PUTRAJAYA – Pada 21 April lalu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Terengganu yang diketuai oleh pensyarah Fakulti Usuluddin, Akila Mamat. Dalam lawatan delegasi seramai 36 orang itu yang terdiri daripada pelajar-pelajar Diploma Usuluddin itu telah diberi sambutan oleh Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Mohamad yang […]

‘Raja Bomoh’ taubat nasuha

KUALA LUMPUR, 28 Rejab 1438H, Selasa – Ibrahim Mat Zain, 66, atau lebih dikenali sebagai ‘Raja Bomoh’ mengaku berbohong kepada masyarakat berhubung ritual yang dilakukan seama ini, selain menghina agama Islam. Serentak itu, dia bertaubat nasuha atas segala perbuatannya, hari ini. Pengakuan taubatnya disaksikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri; Pengarah Jabatan Agama […]

China komunis larang bayi diberi nama Islam

BEIJING, 25 April – China komunis semakin kejam di wilayah paling ramai dihuni umat Islam apabila membuat peraturan baharu, melarang mana-mana bayi diletakkan dengan nama Islam, kononnya untuk mematahkan kumpulan ekstremis. Dokumen bertajuk ‘Peraturan Nama bagi Etnik Minoriti’ melarang nama digunakan orang Islam seluruh dunia, termasuk Imam, Hajj, Islam, Quran, Saddam dan Medina, digunakan, lapor […]

Rakyat Perancis digesa tolak Le Pen

PARIS 25 April – Presiden Perancis, Francois Hollande menggesa rakyat negara ini supaya tidak sesekali mengundi pemimpin nasionalis yang aktif mengkritik Islam, Marine Le Pen pada Pilihan Raya Presiden 7 Mei depan. Le Pen, yang meraih sokongan undi sebanyak 21.3 peratus, akan berdepan dengan calon berhaluan sederhana, Emmanuel Macron yang mengungguli pusingan pertama pilihan raya […]