Program dakwah di hospital

KOTA BHARU 11 April – Progam ziarah pesakit di hospital-hospital adalah penting dalam konteks dakwah terutama dalam memberikan motivasi kepada mereka untuk sentiasa bersemangat menjalani kehidupan biarpun masih terlantar sakit. Selain itu, program sedemikian juga dapat menjadi satu platform kepada para pendakwah untuk memberikan tunjuk ajar mengenai pelbagai perkara kepada para pesakit dalam melakukan ibadat […]

RUU 355: Bukan Islam tidak perlu ajar kami – TPM

KUALA LUMPUR 10 April – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membidas golongan bukan Islam yang menentang pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 yang bertujuan memperkasakan Islam. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu dilihat yang paling tegas dikeluarkan oleh pemimpin negara selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang […]

Mesir darurat 3 bulan

Pengganas Daesh ancam lancar serangan baharu KAHERAH 10 April – Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan tempoh darurat selama tiga bulan selepas berlakunya dua letupan berasingan di dua buah gereja di Tanta dan Iskandariah, semalam. Serangan yang dilakukan oleh kumpulan pengganas Daesh itu mengakibatkan 44 orang maut dan 118 cedera merupakan kejadian terbaharu selepas pengeboman […]

Pope Francis teruskan lawatan ke Mesir

VATICAN 10 April – Pemimpin agama Vatican City, Pope Francis yang dijadualkan untuk mengadakan rangka lawatan ke Mesir pada hujung bulan ini tidak bercadang untuk membatalkan kunjungan beliau ke negara walaupun selepas pengeboman dua gereja di Iskandariah dan Tanta di utara Kaherah semalam. Menurut jurucakap Vatican, Paderi Angelo Becciu, Pope Francis bertegas untuk meneruskan lawatan […]

Akta 164 sebahagian agenda perjuangan Gerakan Pluralisme Agama

KOTA BHARU, 10 April – Presiden Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164, adalah sebahagian daripada perjuangan Gerakan Pluralisme Agama (IFC) Malaysia. Bercakap sebagai penalis Forum Perdana Hal Ehwal Islam ‘RUU 164 lawan RUU 355’ di Balai Islam Kota Bharu malam […]

Pasangan gay disebat 100 kali

BANDA ACEH – INDONESIA 10 April – Dua lelaki Indonesia berdepan hukuman 100 sebatan selepas jiran melaporkan pasangan itu mengadakan hubungan seks. Ketua Penyiasat Syariah, Marzuki berkata, jika didapati bersalah, kedua- dua lelaki itu akan menjadi pesalah pertama dikenakan hukuman atas tuduhan salah laku seks gay di bawah kod yang dikuatkuasakan dua tahun lalu. Penduduk […]