Suruhanjaya Majlis Dakwah Negara (MDN) Terengganu dibentuk

KUALA TERENGGANU 16 Mei – Suruhanjaya Majlis Dakwah Negara (MDN) Terengganu dibentuk hari ini bagi memperkukuhkan lagi fungsinya sebagai perantara dalam menyatukan perbezaan pendapat antara ahli politik, tokoh agama dan profesional di peringkat negeri. Suruhanjaya itu diketuai oleh Bekas Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Ismail Ali selaku Pesuruhjaya manakala Datuk Dr. Alias Abdullah sebagai […]

Patah tumbuh hilang berganti?

Oleh ABDUL KHALEED RAYYANI Masa beredar, pelbagai perubahan dirasai, tambahan pula dengan begitu banyak krisis dan cabaran termasuk kelembapan ekonomi, harga barangan yang mencanak naik selain hutang yang menimbun hingga membebankan sudah pasti memaksa manusia terutama golongan belia yang sedang mula mahu membina hidup terpaksa mengubah dan menyesuaikan perspektif hidup dalam usaha memenuhi keperluan sehari-hari. […]

YADIM anjur Irsyad 2017 di 13 masjid

PUTRAJAYA 19 Mei – Bagi meimarahkan lagi bulan Ramadan yang bakal menjelma, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sekali lagi akan menganjurkan Program Iktikaf Ramadhan Sahabat Yadim (Irsyad 2017) di 13 lokasi berbeza di seluruh negara. Pengurus Eksekutif Bahagian Kepimpinan Muda (Kemuda) YADIM, Zaman Karulani berkata, program berkenaan akan dilaksanakan oleh ahli-ahli Sahabat YADIM dari institusi-institusi […]

Arab Saudi larang umrah Do-It-Yourself (DIY)

PUTRAJAYA 18 Mei – Rakyat Malaysia diingatkan agar tidak melaksanakan ibadah umrah secara persendirian atau ‘Do it Yourself’ (DIY) kerana ia merupakan kesalahan di bawah undang-undang Arab Saudi. Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata kerajaan Arab Saudi mewajibkan semua jemaah untuk berdaftar dan diurus oleh syarikat pengendali umrah sah yang dikenali […]

Sentiasa waspada penyebaran pengaruh Daesh

MARAN 18 Mei – Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan penyebaran fahaman kumpulan militan Daesh khususnya menerusi laman so­sial yang bertujuan mempe­ngaruhi dan menarik rekrut baharu menyertai perjuangannya. Ketua Penolong Pengarah Ba­hagian Counter Terrorism, Ca­wangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pengikut kumpulan ber­kenaan berterusan cuba menyebarkan fahaman mereka termasuk kepada […]

Pelajar 15 tahun jadi khatib sampaikan khutbah Jumaat

SEREMBAN 18 Mei – Usianya baru mencecah 15 tahun, namun Ahmad Al-Atif Ahmad Subki sudah mampu menyampaikan khutbah Jumaat di hadapan jemaah yang jauh lebih dewasa. Pelajar Asas Tiga, Kolej Permata Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu berkata, dia kali pertama menjadi khatib ketika berusia 14 tahun di sebuah masjid di Ampang bagi meng­gantikan […]

DBKL warta tiga lagi kawasan larangan merokok

KUALA LUMPUR 18 Mei –  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewartakan semua laluan pejalan kaki dan jejantas berbumbung serta terowong pejalan kaki bawah tanah di sekitar ibu kota sebagai kawasan larangan merokok, berkuat kuasa 15 April lalu. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata, pewartaan mengikut  Peraturan Kawalan Hasil Tembakau […]

Polis beri amaran jangan sertai himpunan Hindu Ahad ini

KEPALA BATAS, 18 Mei – Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan haram yang akan diadakan di sebuah kuil Hindu di Butterworth, Ahad ini, bagi membantah dan menentang seorang mufti dan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Azmi Adam berkata, perhimpunan tanpa permit itu melanggar undang-undang […]