Palestin diterima menganggotai Interpol

JERUSALEM, 28 Sept. – Polis Antarabangsa (Interpol) meluluskan permohonan Negara Palestin menjadi anggota pertubuhan itu, walaupun rejim Zionis Israel menolak dan berusaha melengah-lengahkan proses pengundian. Pada Persidangan Agung Interpol di Beijing semalam, lebih dua pertiga anggotanya mengundi menyokong kemasukan Palestin. Interpol kini mempunyai 192 keanggotaan. Palestin mengemukakan permohonan menyertai Interpol tahu lalu ketika persidangan di […]

Hentikan pesta arak

TPM arah polis halang penganjuran atas sebab keselamatan BEIJING 26 Sept. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan untuk menghentikan penganjuran pesta arak, Better Beer Festival 2017. Timbalan Perdana Menteri men­jelaskan, perkara itu adalah di bawah bidang kuasa PDRM. “Itu bawah kuasa polis. Saya telah arahkan untuk menghentikannya,” […]

Sheikh Abu Bakar Al-Shaari

SEJAK Islam bertapak di alam Melayu, rantau ini dianugerah Allah SWT dengan kekayaan ulama. Salah seorang daripadanya yang turut mempelopori gerakan Kaum Muda di utara Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di Perlis pada awal tahun 1930-an ialah Syeikh Abu Bakar Al-Shaari. PENGARUH Kaum Muda berkembang di Tanah Melayu pada abad ke-20. Pengaruh Kaum Muda ini diasaskan […]

Taati ibu bapa

Oleh HASHIM AHMAD Perhubungan ayah-anak atau ibu-anak yang begitu liberal pada masa kini telah mengakibatkan banyak hukum Islam dinodai. Sering kedengaran anak-anak yang memaki hamun dan memarahi ibu bapa mereka dengan kata-kata kesat apabila sesuatu kehendak mereka tidak dipenuhi. Tragedi melarikan diri dari rumah setelah berlaku sedikit krisis mulut atau kerana merasa tidak sesuai tinggal […]

Program SAF bersama Orang Asli Tasik Banding

YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA melalui pasukan Sukarelawan Al-Falah (SAF) telah mengadakan program Dakwah dan Khidmat Bakti Masyarakat Orang Asli pada 22 September 2016 lalu bertempat di Kampung Orang Asli Aman Damai, Tasik Banding, Belum, Perak. Pengurus Eksekutif Bahagian Bina Ummah YADIM, Mohd Khairrul Fuad Bin Samsudin berkata, program berkenaan adalah anjuran bersama YADIM Zon Utara, […]