Home » Langit Terbuka » Mahkamah Rusia arah musnah terjemahan al-Quran

Mahkamah Rusia arah musnah terjemahan al-Quran

Seorang ulama terkenal Rusia membantah keputusan sebuah mahkamah wilayah yang mengisytiharkan sebuah terjemahan Al-Quran sebagai ekstrimis dan mengarahkan supaya dimusnahkan.

Ketua Majlis Mufti Rusia Ravil Gainutdin berkata dalam surat terbuka kepada Presiden Vladimir Putin pada Isnin bahawa keputusan tersebut sebagai “buta huruf” dan “provokatif”, lapor agensi berita antarabangsa AP semalam.

Maahkamah itu minggu lalu memutuskan terjemahan Al-Quran oleh Elmir Kuliyev yang diterbitkan di Arab Saudi pada 2002 melanggar undang-undang persekutuan yang mengharam bahan bersifat ekstrem.

Gainutdin berkata, “Muslim Rusia terkejut dengan pengabaian undang-undang yang ditunjukkan oleh mahkamah” di pelabuhan Laut Hitam Novorossiisk dan menuntut keputusan itu dibatalkan.

Beliau berkata perintah mahkamah untuk menghancurkan kitab suci umat Islam amat keterlaluan.

Sumber daripada https://www.malaysiakini.com/news/241969

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *