Home » Langit Terbuka » 436 masjid di Republik Afrika Tengah dimusnahkan puak Kristian

436 masjid di Republik Afrika Tengah dimusnahkan puak Kristian

sumber

NEW YORK, 19 Mac – Hampir semua 436 buah masjid di Republik Afrika Tengah telah dimusnahkan dalam pentempuran di antara puak Kristian dan umat Islam, kata Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Samantha Power, sambil menyifatkan kemusnahan itu sebagai ‘gila’.

Power berkata demikian selepas Majlis Keselamatan PBB melawat republik berkenaan minggu lalu.

Beliau turut melahirkan kebimbangan mengenai perkara yang bakal berlaku serta keselamatan negara berkenaan apabila Kesatuan Eropah dan Perancis berhasrat mengeluarkan pasukan tentera mereka, manakala pasukan pengaman PBB pula masih belum bersedia sepenuhnya.

Sekurang-kurangnya 5,000 orang terbunuh sejak keganasan tercetus di republik berkenaan pada Disember 2013. Hampir sejuta daripada 4.5 juta penduduk beragama Islam, sudah berpindah.

Power berkata, beliau melawat sebuah penempatan masyarakat Islam yang masih wujud di Bangui dan mendapati sesetengah wanita Islam bimbang meninggalkan masyarakat mereka dengan mengenakan tudung, malah memilih untuk bersalin di rumah berbanding di hospital.

“Pasukan pengaman PBB, tentera Perancis dan Kesatuan Eropah berusaha menegakkan keamanan di negara itu. Namun, seramai 750 anggota tentera Kesatuan Eropah telah meninggalkan republik berkenaan selepas Majlis Keselamatan melawat negara itu,” katanya.

Perancis pula yang menghantar 2,000 anggota tenteranya dikatakan akan menarik diri akhir tahun ini.

Sumber daripada https://www.ismaweb.net/

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *