Home » Citra Yadim » Seimbang akademik dan aktiviti kampus

Seimbang akademik dan aktiviti kampus

Dunia kampus yang bakal ditempuhi oleh para lepasan sekolah sama ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) ataupun Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) merupakan dunia yang akan membangun personaliti dan karakter mereka sebelum terjun ke dalam dunia pekerjaan.

Oleh itu, para pelajar perlu mempunyai pakej lengkap bagi melayakkan diri mereka menyambung pelajaran dalam bidang yang dipilih di Universiti Kebangsaan Malaysia. Hal ini selari dengan Pelan Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan mahasiswa yang holistik dan seimbang. Malah, kedua-dua aspek inilah yang mengukur kecemerlangan seseorang.

Itulah yang dikongsi oleh Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan, Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA), UKM dalam satu sesi Program Jejak Menara peringkat Negeri Selangor yang berlangsung di Dewan Tun Abdul Razak, Dectar, UKM hari ini.

Selain itu, bagi mendedahkan para mahasiswa untuk terlibat dalam dunia kemasyarakatan, pihak PPMPA memberi peluang kepada mahasiswa untuk melibatkan diri dalam program yang tidak melibatkan jam kredit mata pelajaran. Sebagai contoh, PPMPA membiayai program penghantaran mahasiswa ke luar negara, memberi dana dan sokongan moral DALAM program kemasyarakatan, kesukarelawan dan kerjaya yang dianjurkan oleh mahasiswa.

Program Jejak Menara merupakan program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia yang telah bermula sejak tahun lepas.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *