Home » Ensiklopedia » Shahih Bukhari Mengenai Puasa Ramadhan

Shahih Bukhari Mengenai Puasa Ramadhan

  • Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Puasa adalah perisai diri (dari api neraka)”. Maka seseorang yang sedang berpuasa janganlah menggauli isterinya, berkata kotor dan berbuat jahil, jika dia diajak bertengkar atau dicaci hendaklah dia mengatakan, “Saya sedang berpuasa.” Rasulullah SAW mengulanginya dua kali. “Demi Allah yang diriku dalam genggaman-Nya! Sungguh bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah SWT lebih harum daripada bau misik/kasturi. Allah SWT berfirman: “Hambaku meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana aku. Puasa itu bagi-Ku dan Aku-lah yang akan membalasnya, dan setiap kebaikan akan dibalas 10 kali. [Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari, nombor hadis : 1894].
  • Pintu Rayyan di Syurga Bagi Orang-orang Yang Berpuasa: Diriwayatkan dari Sahl r.a bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : “Di syurga ada sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang kelak pada hari kiamat akan dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa, tanpa ada seorangpun selain mereka yang memasukinya. Dikatakan pada hari itu, “Di mana orang-orang yang berpuasa?” Maka mereka pun bangkit untuk memasuki pintu itu tanpa seorang pun selain dari mereka yang memasukinya. Ketika mereka sudah masuk semua, pintu itu ditutup dan tidak ada lagi seorangpun yang memasukinya. [Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari, nombor hadis : 1896]
  • Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Siapa yang memberikan dua macam harta di jalan Allah akan dipanggil untuk memasuki pintu-pintu syurga, Hai hamba Allah! inilah balasan harta yang kau infaqkan untuk kebaikan. Orang yang melaksanakan solat akan dipanggil dari pintu solat, orang yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad, orang yang berpuasa akan dipanggil dari pintu Rayyan dan orang yang bersedekah solat akan dipanggil dari pintu sedekah”. Abu Bakar r.a mengatakan : “Saya pertaruhkan ayah dan ibu saya kepada anda (ungkapan untuk memohon izin bertanya atau berbicara), ya Rasulullah! sungguh tidak ada kesedihan sedikitpun bagi orang yang dipanggil dari semua pintu-pintu tersebut, dan apakah ada orang yang dipanggil dari semua pintu ?” Rasulullah SAW menjawab : “Ya, ada, dan aku berharap kaulah salah satunya.” [Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari, nombor hadis : 1897]
  • Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dia berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda: “Apabila bulan Ramadhan tiba, semua pintu syurga terbuka.” [Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari, nombor hadis : 1898].
  • Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dia berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda: “Apabila bulan Ramadhan tiba, semua pintu langit/syurga terbuka, semua pintu neraka tertutup dan syaitan-syaitan dibelenggu”. [Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari, nombor hadis : 1899].
  • Apakah Ramadhan atau bulan Ramadhan perlu disebutkan dan orang yang melihat hilal (bulan sabit di awal tanggal)? Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a, dia berkata : Saya pernah mendengar Rasullah SAW bersabda : “Apabila kamu melihat hilal (pada awal malam Ramadhan), maka berpuasalah dan apabila kamu melihat hilal (pada awal malam Syawal), maka hentikan puasa, dan apabila di langit diselimuti awan (sehingga hilal tidak terlihat), maka genapkan Ramadhan (30 hari)”. [Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari, nombor hadis : 1900].
  • Orang berpuasa yang tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta / jelek: Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dia berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Siapa yang berpuasa tanpa meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta / jelek, maka Allah tidak memerlukan puasanya”. [Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari, nobmor hadis : 1903].
  • Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, “Semua amal ibadah anak Adam adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa, kerana puasa adalah untuk-Ku dan Akulah yang akan membalasnya”. Pada bahagian akhir hadis disebutkan: “Orang yang berpuasa mendapat dua kesenangan, dia merasa senang ketika bertemu dengan Tuhannya, dia juga merasa senang dengan pahala puasanya.” [Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari, nombor hadis 1904].
  • Puasa bagi orang-orang yang tidak mampu menikah untuk mengendalikan syahwat. Diriwayatkan dari ‘Alqamah bahwa Abdullah r.a mengatakan: Suatu ketika kami bersama Nabi Muhammad SAW, kemudian beliau bersabda: “Laki-laki yang sudah mampu menikah hendaklah ia menikah, kerana menikah akan membuat pandangan matanya lebih menunduk dan membuat kemaluannya lebih terjaga. Siapa yang belum mampu menikah hendaklah ia berpuasa, kerana puasa akan melerai nafsunya.” [Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari, nombor hadis : 1906]
  • Mengenai hitungan hari puasa bulan Ramadhan: Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a, bahwa Rasulullah bersabda : “Satu bulan itu bisa 29 hari, maka janganlah kamu berpuasa Ramadhan sebelum kamu melihat hilal dan apabila langit berawan (sehingga kamu tidak melihat hilal), maka genapkanlah Syaaban 30 hari.” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, nombor hadis : 1907]
  • Diriwayatkan oleh Ummu Salamah r.a, bahawa Nabi SAW pernah bersumpah untuk menjauhi isteri-isterinya selama sebulan. Setelah berlalu 29 hari beliau datang pada pagi atau petang hari, lalu ditanyakan kepada beliau: “Kamu telah bersumpah menjauhi isteri-isteri kamu selama satu bulan (mengapa sekarang anda datang?)”. Rasulullah SAW menjawab : “Satu bulan itu kadang-kadang 29 hari.” [Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari, nombor hadis : 1910]
  • Dua bulan Id tidak berkurang keutamaannya. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahwa Nabi SAW pernah berkata : “Dua bulan Id, Ramadhan dan Zulhijjah tidaklah berkurang keutamaannya (meskipun kadang-kadang 29 hari).” (Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari, nombor hadis : 1912]
  • Sabda Nabi SAW :”Kami tidak pandai menulis dan berhitung.” Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a bahawa Nabi SAW bersabda : “Kami adalah umat ummiy. Kami tidak pandai menulis dan mengira. Satu bulan itu sekian dan sekian”. Maksudnya : Kadang-kadang 29 hari dan kadang-kadang 30 hari. [Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari, nombor hadis : 1913]
  • Larangan mendahului Ramadhan dengan berpuasa satu hari atau dua hari sebelumnya. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahwa Nabi Saw pernah bersabda : “Janganlah seseorang dari kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa satu hari atau dua hari sebelumnya, kecuali bagi orang yang sudah terbiasa berpuasa sunat yang kebetulan waktunya pada hari itu, maka ia boleh berpuasa.” [Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari, nombor hadis : 1914]
  • Firman Allah SWT (maksudnya : “Makan dan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar.” (Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 187) Diriwayatkan dari Adiy bin Hatim r.a, dia berkata : Ketika turun ayat (yang maksudnya :”…. hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam”, saya mengambil dua utas tali pengikat masing-masing hitam dan putih, kemudian saya meletakkannya di bawah bantal saya. Pada malam hari saya melihat tali tersebut namun tidak jelas kelihatan perbezaan keduanya. Pada pagi hari saya menemui Rasulullah SAW untuk memberitahukan kepada beliau apa yang telah saya lakukan itu, kemudian baginda bersabda : “Benang hitam maksudnya gelapnya malam dan benang putih maksudnya terangnya siang (iaitu fajar).” [Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari, nombor hadis : 1916]
  • Perkiraan jeda antara sahur dengan solat subuh. Diriwayatkan dari Anas r.a bahawa Zaid bin Tsabit r.a mengatakan : Kami makan sahur bersama Rasulullah SAW, kemudian beliau berdiri untuk melaksanakan solat (Subuh). Ditanyakan kepada Zaid : Berapa lama kira-kira antara azan dengan sahur ? Dia menjawab : Kira-kira bacaan 50 ayat Al-Quran. [Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari, nombor hadis 1921]
  • Sahur tidak wajib tetapi mengandungi keberkatan. Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a, dia berkata : Nabi SAW pernah bersabda : “Makan sahurlah, kerana makan sahur itu mengandungi keberkatan.” [Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari, nombor hadis : 1923]
  • Orang yang berpuasa dalam keadaan junub ketika subuh. Diriwayatkan dari Aisyah dan Ummu Salamah r.a bahwa ketika fajar tiba, Rasulullah SAW pernah dalam keadaan junub sehabis menggauli istrinya, kemudian beliau mandi dan berpuasa. [Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari, nombor hadis : 1925]
  • Memeluk isteri bagi orang yang berpuasa. Diriwayatkan dari Aisyah r.a, dia berkata : Nabi SAW pernah mencium dan memeluk isterinya ketika baginda sedang berpuasa, dan baginda adalah orang yang paling mampu mengendalikan diri dibandingkan dengan kamu semua. [Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari, nombor hadis : 1927]
  • Makan dan minum kerana lupa pada saat berpuasa. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW pernah bersabda : “Apabila seseorang lupa (bahawa ia sedang berpuasa) kemudian ia makan dan minum, maka hendaklah ia lanjutkan puasanya, kerana demikian itu bererti ia diberi makan dan minum oleh Allah.” [Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari, nombor hadis : 1933]

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *