Iktikaf Ramadhan Sahabat Yadim

 

 

Program Iktikaf Ramadan Sahabat Yadim 2015 (Irsyad) adalah program dua hari satu malam yang dijalankan oleh ahli Sahabat Yadim yang pulang bercuti di negeri masing-masing pada bulan Ramadan.

 

Program ini bakal dijalankan serentak di 14 negeri seluruh negara sepanjang bulan Ramadan ini. Dengan memilih institusi masjid sebagai lokasi program, Irsyad diharapkan mampu untuk menarik ramai masyarakat setempat hadir menyertai aktiviti dan pengisian rohani yang diadakan.

 

Selain bertujuan untuk mengasah bakat kepimpinan ahli Sahabat Yadim, program ini juga adalah untuk membina jaringan kerjasama dan hubungan baik di antara Yadim dengan pihak komuniti masjid.

 

“Antara aktiviti yang dijalankan dalam program Irsyad adalah usrah sahabat Yadim, tadarus al-Quran, iftor jam’ie, Qiamullail, tazkirah dan bengkel tahsin ibadah remaja,” katanya lagi.

 

Program yang julung kali diadakan ini diharapkan mampu untuk meluaskan lagi agenda dakwah yang dibawa oleh Yadim di seluruh pelosok negara.