Home » Langit Terbuka » Jemaah di Masjidil Haram semakin bertambah

Jemaah di Masjidil Haram semakin bertambah

sumber

ARAB SAUDI, Khamis – Memasuki tempoh 10 terakhir Ramadan, jumlah jemaah yang mengunjungi Masjidil Haram meningkat mendadak daripada 8 juta minggu lalu kepada 14 juta minggu ini.

Arab News melaporkan peningkatan jumlah itu 40 peratus lebih tinggi berbanding Ramadan 2014, walaupun kerja-kerja pengubahsuaian berterusan dilakukan.

Ramadan yang bermula 17 Jun lalu akan berakhir 17 Julai ini. Berbaki beberapa hari, para jeamaah tidak melepaskan peluang keemasan menggandakan pahala ibadah khususnya dalam misi memburu malam al-Qadar di 10 malam terakhir ini.

Menghadapi situasi kebanjiran jemaah yang dijangka akan terus bertambah, pengurusan Masjidil Haram telah bersedia dengan menaik taraf kemudahan mereka.

Enam skrin TV plasma baru telah dipasang di dalam masjid dan halaman untuk siaran ketika solat dan pengumuman dalam pelbagai bahasa.

Awal bulan ini juga, Ketua Pengarah Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdurahman Al-Sudais telah melancarkan skuter khas membantu warga emas dan golongan kurang upaya menyempurnakan ibadah itu.

Skuter elektrik beroda empat, dengan berat 250 kilogram itu telah diluluskan oleh bahagian Pertubuhan Piawaian Kualiti dan Metrologi dan Pihak Berkuasa Makanan dan Ubat-ubatan Arab Saudi. – Agensi

Sumber daripada www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *