Home » Langit Terbuka » Israel perintah masjid di Al-Quds Timur diroboh

Israel perintah masjid di Al-Quds Timur diroboh

AL-QUDS, Isnin – Israel mengumumkan perintah untuk merobohkan Masjid Al-Qaaqaa, sebuah rumah, dan sebuah pangsapuri di kawasan Silwan, Al-Quds Timur, semalam.

Pegawai Pusat Maklumat Wadi Hilweh di Silwan Majdi Al-Abbasi berkata, pemberitahuan perobohan itu dimaklumkan anggota kerajaan bandar Israel bahawa terdapat perintah perobohan Masjid Al-Qaaqaa di daerah Ein Al-Luza dari persekitaran Silwan.

Masjid yang akan diroboh itu dibina tiga tahun lalu dengan keluasan bilik 110 meter persegi yang memuatkan 5,000 jemaah.

Al-Abbasi memberitahu, kerajaan bandar pendudukan Israel juga berkata perobohan tersebut juga melibatkan sebuah pangsapuri dan kemudahan lain. Pangsapuri itu merupakan milik Iyad al-Abbasi yang dibina 12 tahun lalu.

Awal minggu ini mahkamah Israel memutuskan untuk memusnahkan lapangan bola sepak dan kemudahan di Silwan.

Silwan adalah salah satu persekitaran Palestin di Al-Quds Timur yang merupakan kawasan peneroka haram Israel yang melakukan pembongkaran rumah-rumah Palestin dan pengusiran keluarga Palestin.

Berdasarkan laporan Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan, pihak berkuasa Pendudukan Israel telah melakukan kira-kira 370 kemusnahan harta milik warga Palestin di Al-Quds Timur dan Tebing Barat sejak awal 2015 termasuk menghalau 432 penduduk Palestin.

Al-Quds Timur diduduki pihak berkuasa Israel pada tahun 1967 yang mana mereka tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa. – Agensi

Sumber daripada www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *