Home » Wacana » Air penting untuk kita

Air penting untuk kita

sumber

Air merupakan salah satu sumber daya terpenting bagi kelangsungan semua makhluk di muka bumi. Air kosong menjadi satu keperluan vital dalam kehidupan seharian manusia. Oleh sebab itu, sejak dari kecil kita sudah diajar tentang kepentingan meminum air kosong untuk kesihatan tubuh badan.

Faktanya, air kosong mengandungi banyak manfaat luar biasa kepada manusia. Selain sebagai penawar dahaga, hakikatnya masih banyak lagi manfaat yang mungkin belum diketahui manusia. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“…Dan kami turunkan dari langit air yang sangat bersih, agar (dengan air itu) Kami menghidupkan negeri yang mati (ketandusan), dan Kami memberi minum kepada sebahagian apa yang telah Kami ciptakan (berupa) haiwan-haiwan ternakan dan manusia yang banyak.” (Al-Furqan 25: 48-49)

Ada beberapa amalan yang penting untuk kita praktikkan dalam usaha kita menjaga kesihatan.

1. Minum air kosong lapan gelas sehari

Minum air kosong lapan gelas sehari merupakan syor yang paling minima. Ini kerana keperluan air itu bergantung kepada keperluan seseorang. Contohnya, seorang lelaki memerlukan lebih kurang tiga belas gelas sehari manakala wanita pula memerlukan sekurang-kurangnya sembilan gelas sehari air. Walau bagaimanapun ukuran tersebut tidak boleh dijadikan sebagai ukuran standard untuk semua orang. Jika banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti sudah tentu badan memerlukan air yang lebih banyak.

Untuk menentukan sama ada pengambilan air kosong sudah mencukupi untuk badan kita, kita boleh menggunakan kaedah dengan melihat air seni. Cara ini adalah hasil penelitian dari Universiti Connecticut yang dilakukan Douglas Kasa. Sebagai contoh, jika air seni berwarna kuning muda seperti cairan lemon, maksudnya kandungan air di dalam badan kita sudah mencukupi. Namun, jika warnanya keruh dan lebih gelap, bererti kita perlu minum lebih banyak air untuk mencegah dehidrasi.

2. Larangan minum sambil berdiri

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu minum sambil berdiri. Barangsiapa lupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya.” (HR Ahmad no. 8135).

Kata Ibnu Qayyim dalam Zaadul Ma’ad, “Minum sebaiknya sambil duduk. Nabi SAW melarang minum sambil berdiri.” Larangan minum sambil berdiri ini dapat dibuktikan dalam satu kajian akupuntur di Tiongkok. Kajian itu menunjukkan bahawa air kosong yang diminum sambil duduk lebih baik dibandingkan minum sambil berdiri. Dari segi kesihatan, air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri, air yang kita minum automatik masuk tanpa disaring lagi. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Ini kerana banyak sisa yang melekat di ureter inilah penyebab awal munculnya penyakit dan boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal. Penyakit ini merupakan salah satu penyakit berbahaya yang boleh menyebabkan seseorang susah kencing.

3. Minum air sejuk dan kesihatan

Sabda Rasulullah SAW, sebagaimana dikutip dalam Zaadul Ma’aad, menyebut, “Air yang terlalu panas atau terlalu sejuk kedua-duanya adalah merosak.”

Suhu air yang masuk ke dalam badan akan dihangatkan atau disejukkan sesuai dengan suhu sistem pencernaan, sehingga suhu air tidak akan mempengaruhi penyerapan lemak. Akan tetapi, selepas melakukan aktiviti olahraga, sebaiknya hindari mengambil air yang terlalu sejuk atau panas. Ini kerana suhu badan sedang tinggi, dan air yang sebaiknya diminum adalah air yang sesuai dengan suhu bilik atau 15-21 darjah celcius.

4. Minum yang membahayakan ginjal dan jantung

Rasulullah SAW bersabda, “Minumlah dengan 3 kali tegukan” (HR. Tirmidzi).

Banyak minum air kosong memang dianjurkan, namun ada orang yang salah faham semata-mata mahu memenuhi keperluan pengambilan air seharian. Misalnya, disebabkan rasa malas, sibuk, atau selepas bangun tidur, kita akan minum segelas besar air sekali gus. Minum air kosong sekali gus berbahaya untuk kesihatan jantung dan ginjal.

Perkara ini pernah dikemukakan oleh Dr. Samuel Utoro, seorang pakar gizi dari RS Siloam. Menurutnya, khasiat air kosong akan dirasa jika diambil secara berperingkat, bukan secara berlebihan atau sekali gus. Ini kerana air akan diserap ke saluran pencernaan dan masuk ke pembuluh darah, hingga boleh menyebabkan paras darah bertambah. Kesannya, beban kerja jantung dan ginjal meningkat. Jantung seolah-olah didesak untuk mengepam darah dengan lebih cepat, sementara ginjal pula dipaksa mengeluarkan cairan lebih cepat.

Untuk itu, cara pengambilan perlu diketahui sesuai dengan keperluan agar khasiatnya boleh dinikmati secara total. Dr. Samuel Utoro menganjurkan agar kita membiasakan diri mengambil air sebelum merasa haus, selepas bangun tidur dan sebelum atau setelah sarapan. Kita juga patut memerhatikan tentang cara minum segelas (berukuran sederhana) air kosong dengan tiga tegukan seperti sabda Rasulullah SAW.

5. Khasiat doa sebelum minum

Islam sememangnya menganjurkan umatnya memulakan setiap perkara dengan doa bagi memperolehi keberkatan dan manfaat. Kalimah Bismillah adalah doa terbaik sebelum minum air. Perkara ini juga telah dibuktikan dalam satu kajian ilmiah oleh Masaru Emoto (hasil penelitian ini yang mendorongnya memeluk Islam) dari Universiti Yokohama, Jepun. Hasil penelitian itu menyebut bahawa air sebenarnya bertindakbalas dengan kata-kata.

Air mampu bertindak balas terhadap perilaku terhadapnya contohnya melalui kata kata, bacaan, tulisan, gambar, suara kuat, suara perlahan. Akhirnya hasil daripada perilaku tersebut akan membentuk kristal molekul air berbentuk heksagonal (6 segi) sempurna kecantikannya atau sebaliknya . Bentuk molekul air seperti kecantikan kristal inilah yang mampu berperanan bagi merawat penyakit dalam tubuh badan seseorang. Manakala kata-kata buruk akan ditindakbalas dengan terbentuknya kristal mirip tulang-tulang yang sangat buruk dan menjijikkan. Penelitian ini menguatkan kesimpulan bahwa air adalah salah satu makhluk Allah SWT. Nabi SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah redha terhadap seorang hamba yang menikmati makanan, lalu memuji Allah sesudahnya atau meneguk minuman, lalu memuji Allah sesudahnya.” (HR Muslim)

Hebatnya ciptaan Allah SWT. Air kosong sememangnya penting dalam kehidupan kita. Cara minum adab dan khasiatnya telah lengkap dijelaskan oleh Islam. Bergantung kepada diri kita untuk mengikutinya atau sebaliknya.

Sumber daripada www. Islampos.com

Oleh: Anita Jannati, Mahasisiwi Program Studi Bioteknologi, Universiti Al Azhar Indonesia.

Rujukan: Buku Sunnah Sehari 24 Jam Bersama Rasulullah SAW.

Pustaka Ramadhan, Bandung.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *