Home » Persuasif » Di sebalik prasangka buruk Trump terhadap Islam

Di sebalik prasangka buruk Trump terhadap Islam

sumber

Sekitar 40 tahun lalu, Amerika Syarikat mula diperkenalkan dengan wartawan “gonzo” (satu istilah tentang laporan berani tanpa peraturan dan bertentangan dengan sistem) Hunter Stockton Thompson, yang membuatkan Amerika Syarikat dipenuhi dengan “ketakutan dan kebencian.” Pada era 60-an pula, AS mula mengenali politik sayap kanan Richard Nixon, Presiden AS dari Parti Republik yang melahirkan konspirasi jenayah yang dikenali sebagai “Watergate.”

Ketika ini, sejak Donald Trump menjadi calon Presiden AS dari Parti Republik pada 2016, ketakutan dan kebencian dilihat kembali merebak secara besar-besaran. Trump mencadangkan agar AS melarang kedatangan kaum Muslim ke negaranya dengan alasan keamanan. Tindakan jutawan ini seolah-olah membangkitkan ketakutan dan kesakitan umat Islam pada zaman dahulu.

Trump ternyata sengaja menfokuskan kepada ancaman yang ditimbulkan oleh warga Muslim AS yang melakukan kejahatan, sedangkan jumlahnya amat sedikit. Dakwaan Trump ternyata terbalik dengan realiti yang berlaku apabila dilaporkan lebih daripada 300 kes tembakan besar-besaran telah terjadi di AS oleh warganya sendiri pada tahun ini. Situasi ini mendorong Presiden Barack Obama mendesak warga AS untuk menghadapi kenyataan bahawa mereka sedang menghadapi momokan menakutkan yang muncul dari bangsanya sendiri.

Namun kenyataan Trump dikutuk secara terang-terangan oleh komuniti termasuk Muhammad Ali. Trump dilihat sengaja mahu mengalihkan perhatian dunia terhadap pertumpahan darah yang dilakukan oleh warga AS sendiri. Pihak yang menentang kenyataan beliau akan dicap sebagai anti-Amerika atau orang liberal yang membenarkan tindakan ‘terrorisme.’

Walau bagaimanapun, Trump telah berjaya meningkatkan prasangka buruk terhadap umat Islam. Implikasinya, Eropah turut sama menyetujui bahawa orang Muslim akan menjadi ancaman besar bagi setiap negara di Eropah.

Akibat serangan Paris pada November, insiden Islamofobia semakin meningkat di Inggeris dan Perancis. Namun di lapangan, kelompok anti-Muslim Inggeris yang telah bertemu Trump telah mengutuk perlakuan calon Presiden AS ini. Malah, satu petisyen yang melarang Trump mengunjungi Inggeris telah dikeluarkan.

Pandangan sinis Trump terhadap Muslim, tidak jauh berbeza sebagaimana yang berlaku di Perancis, salah satu negara Eropah dengan jumlah bilangan penduduk Muslim terbesar. Di Perancis, Marine Le Pen, pemimpin sayap kanan Front Nasional, adalah rakan Trump yang juga anti terhadap Islam.

Le Pen dan Trump telah menarik jutaan orang yang telah kehilangan kepercayaan dalam politik arus perdana, iaitu orang-orang yang berasa kehilangan arah setelah pasca era industri yang ditangani dengan rasa kurang senang akibat gelombang imigrasi.

Le Pen dan Trump dianggap telah mencipta jurang pemisah antara Muslim dan Barat yang mampu berakhir dengan perpecahan ataupun peperangan. Pada tahun 1929, DH Lawrence menulis bahwa dunia kini sedang menunggu untuk kemunculan “gerakan keadilan besar atau gelombang kematian besar.” Dihantui dengan pembunuhan besar-besaran pada Perang Dunia Pertama, Lawrence takut nafsu manusia yang mahu berkuasa belum terpadam. Semua ini hanya akan berakhir jika umat manusia musnah akibat perbuatan mereka sendiri.

Sumber daripada www.islampos.com

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *