Menurut portal Channel News Asia, serangan bom kereta dan dua serangan pengebom berani mati di kawasan suci pengikut Syiah dekat Saiyidda Zaineb, menyebabkan 83 orang terbunuh.

Tambah laporan itu, seramai 178 orang termasuk kanak-kanak turut cedera dalam kejadian terbabit.

Di daerah Al-Zahraa, tengah wilayah Homs, sekurang-kurangnya 58 kematian dicatatkan apabila dua bom kereta diletupkan di kawasan yang dikuasai tentera kerajaan Syria itu.